Tragedi Bolasepak Bila Pemain Kelab Itali Piermario Morosini Mati Di Padang Bola

Pemain tengah Livorno, Piermario Morosini , mengalami serangan jantung pada separuh masa pertama perlawanan division kedua di Pescara. Beliau tiba-tiba rebah dan telah dirawat di padang sebelum dibawa pergi oleh ambulan ke hospital Civile Santo Spirito di Pescara. Tetapi bekas pemain Kebangsaan Itali  Bawah-21,  ini kemudiannya disahkan meninggal dunia.
 
 
Image © AFP

Kematian Morosini , pemain yang mempunyai kisah hidup yang dibelenggu oleh beberapa siri tragedi. Berusia 25 tahun, sejarah hidup keluarganya yang tragis yang menyaksikan ibu bapa Morosini mati semasa beliau masih seorang remaja. Tidak lama kemudian, saudaranya yang kurang upaya pula membunuh diri. Beliau akhirnya dipelihara oleh kakak yang lebih tua,  tetapi juga seorang yang kurang upaya.

Kematian Morosini hanya hampir sebulan selepas pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengalami serangan jantung semasa perlawanan suku akhir Piala FA pasukannya menentang Tottenham, yang menyebabkan arahan untuk pemeriksaan perubatan yang lebih ketat ke atas setiap pemain bola sepak.

Pengurus Besar Persekutuan Bola Sepak Itali, Antonello Valentini memberi maklum balas kepada tragedi Sabtu itu dengan menggantung semua baki perlawanan bola sepak hujung minggu, bermula dengan Serie A perlawanan antara AC Milan dan Genoa, walau ada pihak yang kurang berpuas hati.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Petrucci kemudiannya menjemput semua Persekutuan Sukan Itali mematuhi seminit bertafakur sebagai penghormatan kepada mendiang Morosini. Presiden FIFA, Sepp Blatter adalah diantara mereka untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Morosini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 15, 2012

17 Komen:

  1. meninggal saat mengembang tugas, sungguh tragis dan memilukan
    semoga amalan ibadahnya diterima oleh Sang Maha Kuasa dan diampuni semua dosa2nya
    terima kasih atas infonya

    BalasPadam
  2. kisah hidup yg menyedihkan
    ajal x mengenal siapa
    tua ke muda, tgh main bola pun mati

    P/s: pengajaran utk kita, beringatlah, maut sentiasa menanti kita, jadi penuhilah masa dgn beribadah kpd Allah

    BalasPadam
  3. assalam , dah ajal kat padang nak buat mcmmn? pelik jugak ya...pemain yang sentiasa bersenam blh kena serangan jantung?

    BalasPadam
  4. selalu juga dengan sekarang kes macam ni ya

    BalasPadam
  5. bahaya ad dimana-mana... kena hati2 tak kira dimana kita berada...

    BalasPadam
  6. Salam Zul, begitulah kita ini bila sudah cukup bilangannya. Semoga menjadi pedoman buat bersama, bahawasenya kehidupan ini hanya sementara.

    BalasPadam
  7. Sallam En zul,

    Dah ajal dia dipadang,
    nak buat gone..

    BalasPadam
  8. kuasa yg masa Esa..sesihat mana pun, klu dia nak amik nyawa, sekelip mata je.

    BalasPadam
  9. kini padang bola ditinggalkan....Jangan kubunya di padang bola dahla...

    BalasPadam
  10. Makin ramai lak pemain2 bola mati mengejut mcm nih...baru je rakan blogger si apan kongsi 30 pemain yg mati dipadang...

    BalasPadam
  11. Salam
    Bersukan untuk menjaga kesihatan nampaknya tak boleh nak dipakai lagi

    BalasPadam
  12. kematian tidak mengira tempat..mmg kene beringat selalu..

    BalasPadam
  13. kisah kehidupan yang sangat menyedihkan dan berliku-liku sekali.

    BalasPadam
  14. ajal seseorang tidak pernah tau,dia sangat hebat meninggal dalam manjalankan tugasnya.

    BalasPadam
  15. sungguh kematian tragis tapi itulah ajal tidak ada yang tau.

    BalasPadam
  16. sungguh tragis tapi hebat sekali.

    BalasPadam