Dengan Selambanya Perempuan Ini Melarikan Televisyen Skrin Nipis Hotel (Video)



Kegiatan mencuri barangan di hotel sudah kerap kita dengar. Dengan pelbagai barangan hotel yang hilang sama ada disedari oleh pengurusan hotel atau tidak, aktiviti ini kerap di lakukan oleh mereka yang terdesak atau sekadar menjadikan ianya hobi.

Walaupun seorang wanita tidak melihat sesiapa yang lalu lalang dan beliau dengan selambanya telah mengambil satu set televisyen skrin nipis, langsir, linen katil, bingkai gambar dari sebuah hotel di Florida, Amerika Syarikat, tetapi masih ada mata melihat beliau.

Kamera keselamatan hotel (CCTV), telah merakamkan pergerakan beliau sedang mencuri di dalam sebuah bilik yang dalam proses pengubahsuaian bulan lepas, di mana dia melarikan sebuah televisyen skrin nipis dan pelbagai barangan hotel.



Polis Florida masih mencari seorang wanita yang dilihat memakai tank top biru berseluar pendek dan berambut fesyen ekor kuda, yang merayau dari atas dan ke bawah lorong hotel pada 21 Mac. Walaupun kecurian itu berlaku pada bulan lepas, polis Florida masih belum berjaya menangkapnya dan mengeluarkan video ini untuk meminta bantuan saksi.

Sumber:  huffingtonpost.com



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, April 16, 2012

8 Komen:

  1. Hmmm.. macam-macam perangai manusia. Buat jahat tahap konfiden ni!

    BalasPadam
  2. Ingatkan iklan tv rupannya benar-benar berlaku kecurian. :-)

    BalasPadam
  3. Salam Zul, dia berkenan betul kat TV tu gamoknya...
    nok beli tak mampu hehehe....

    BalasPadam
  4. cam sial. hahaahaha

    BalasPadam
  5. assalam, selamba aje....ade cctv pun boleh lepas?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama16 April, 2012

    cayalah...berani merembat...

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Kat Malaysia ni pun ada.
    Boleh depa curi router Astro dan remote aircond apartment,
    jadi tak dapat la nak tengok tv bila menginap di situ..

    BalasPadam
  8. lgpun tv ni mmg ringan..sng nk bwk kemana2.. :)

    BalasPadam