Terkini PDRM Perolehi Perintah Mahkamah Halang BERSIH 3.0 Berkumpul Di Dataran Merdeka

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.
 
Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara esok 28-April. Dataran Merdeka kelihatan telah ditutup bermula jam 6 pagi tadi. Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.(Sinar Harian)


DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat. DBKL selanjutnya telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 27, 2012

5 Komen:

  1. assalam, habislah klu mcm tu...

    BalasPadam
  2. kat pahang semua permit bas kena tarik
    takut bebenar nampaknya
    membuat rakyat lagi marah :)

    BalasPadam
  3. Maaf saya tak sokong cara bergini

    BalasPadam
  4. kita tunggu dan lihat jelah utk esok. mudahan tiada perkara buruk berlaku.

    BalasPadam
  5. bgus la utk kesejahteraan awam..

    BalasPadam