Tawaran RM20,000 Untuk Tangkap Arapaima Gigas (Ikan Naga) Di Tasik Kenyir


 
Arapaima Gigas  atau Ikan Naga foto : Google

Kerajaan Negeri Terengganu akan meningkatkan habuan wang tunai RM10,000 yang ditawarkan sejak tahun 2009 menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga (Arapaima Gigas) yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.

“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di sini hari ini. - UTUSAN

NOTA : Ermm..peluang baik untuk kaki pancing yang inginkan cabaran sebenar memancing ikan. Kalau biasa menangkap di kolam ikan berbayar, dapatlah dalam sekilo dua bawa balik masak gulai. Apa kata kali ini, kita tangkap ikan Arapaima gergasi ini? Bukan sahaja ikannya boleh dibuat lauk (ada orang makan ke?) malah anda akan dianugerahkan wang ganjaran RM20,000 oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 18, 2012

22 Komen:

  1. Assalam..
    Agak2 besaq mana mata kail yang diperlukan ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      mau besaq..kalau tak bengkoklah
      jawabnya..besaq mana saya kurang
      arif sebab saya biasa memancing
      di pasar borong je..he he

      Padam
  2. Siapalah tidak bertanggungjawan melepaskan ikan Arapaima didalam habitat kita kesannya merosakkan ekosistem ikan tempatan. :-(

    BalasPadam
  3. kalau tengok dari gambar google tu...mak aih..besau sungguh...
    kita tunggu & lihat sapa yg berjaya tangkap ikan tu...

    BalasPadam
  4. Payah nak dapat nangkap ikan nei sebab itu ganjaran besor...

    BalasPadam
  5. Tengok pun dah ilang selera nk makan bro...tapi klau dpt tangkap mmg berbaloi sesangat

    BalasPadam
  6. sy ade terbaca kalo ade bui2 di air disitu ada anak2 arapaima..huhu

    BalasPadam
  7. jom bro kita gi sana tangkap share sorang 10k he3...tgk dalam akuarium dah seram...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..jangan kata nak tangkap arapaima
      di kolam..di Tasik Kenyir tu..banyak sangat
      dah kisah seram kedengaran tentang tasik
      terbesar tu..tak berbaloi kalau jatuh nanti
      he he..larikkk :)

      Padam
  8. Salam
    Silap2 si pengail pula yang ditangkap oleh ikan
    Bahaya juga tu

    BalasPadam
  9. Besarnya ikan tu.. Rasa rasa berapa kilo tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya xmain kilo dah. tu mcm 1/2 tan ada. kalau dpt tangkap pggl chef2 tlg msk buat kenduri sekampung.agk mcm mana la rasa isi dia eh?

      Padam
  10. kalau dapat tangkap dia orang nak pindahkan ke zoo kemaman. Tapi iye ke ikan itu penyebab berkurangnya ikan di tasik kenyir. Rasanya manusia yg menyebabkan ikan di sana kurang. kalaulah setakat ikan makan ikan banyak mana la sangat makannye :)

    BalasPadam
  11. wow!!
    ini agak menarik...
    benar ke araipama tu wujud kat sana?
    ehhehe

    BalasPadam
  12. assalam, lumayan tu....pakar bolehlah cuba

    BalasPadam
  13. assalam, bagi yang berminat dan bidang yang digemari maka ini peluang buat duit...

    BalasPadam
  14. ikan yang bagus luar biasa, salam kenal ditunggu folow
    http://perpustakaandinaskelautandanperikanan.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. sekali dia ngap.. habis 20k..hehe

    BalasPadam
  16. Pergh 20k tu.. memang bertuah yang dpt...

    BalasPadam
  17. bulan 5 trip ke kenyir mancing...tapi kalau nak dapat ikan ni kena pakai bomoh la..hehehe.

    p/s:kaki pancing wajib buat trip Kenyir...best

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama23 April, 2012

    mak ai. ada brapa ekor tu? rm20k seekor ke?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA