Pitcairn Islands Negara Penduduk Paling Sedikit Di Dunia

PITCAIRN ISLANDS

Pernahkah anda mendengar nama negara, Pitcairn Islands? Mungkin ini kali pertama anda mendengar nama negara berkenaan. Tahukah anda, negara pulau ini adalah sebuah negara yang paling sedikit sekali penduduknya di dunia. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk saja sekarang.


Berdasarkan jumlah penduduknya, negara ini juga menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terkecil di dunia. Sehingga Julai 2011, negara ini masih di bawah jajahan British yang merangkumi empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik. Empat pulau itu adalah Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno.

Hanya pulau Pitcairn sahaja yang masih  berpenghuni. Mengikut sejarah, penghuni asal Pulau Pitcairn adalah golongan ‘Bounty Mutineers’ (Pemberontak Bounty) iaitu kelasi kapal perang British bernama ‘Bounty’ yang bangkit menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak berpuas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam masa itu.
Sembilan pemberontak ‘Bounty’ ini belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada 1790 diiringi 18 warga Tahiti (6 lelaki, 11 wanita dan seorang bayi) yang menjadi tahanan dalam pelayaran Bounty. Selepas berjaya mendarat di pulau itu, mereka bertindak membakar kapal Bounty. Sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty dan kisah berkenaan diceritakan dalam beberapa buah filem seperti Mutiny of the Bounty.(WIKI)


Pada 1937, Pitcairn Islands dicatatkan mempunyai seramai 233 penduduk, namun ramai yang berpindah keluar dari negara tersebut, terutamanya ke negara berhampiran seperti New Zealand, selain mati akibat penyalahgunaan alkohol, masalah sosial dan pembunuh. Pada 2009, dicatatkan negara kecil ini mempunyai seramai 45 penduduk saja.

Sistem politik di Pitcairn Island adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik di mana Datuk Bandar dilantik sebagai ketua Kerajaan. Pusat pemerintahannya terletak di Auckland, New Zealand, namun kuasa ketenteraan dan keselamatannya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan British.

Dikenali sebagai negara kecil tetapi Pitcairn Islands mengandungi sumber semula jadi yang banyak dan sangat produktif malah terkenal dalam aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nanas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Pulau ini juga terkenal dalam aktiviti pelancongan malah 80 peratus daripada pendapatan tahunan penduduk Pitcairn Island disumbangkan sektor ini.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, April 30, 2012

8 Komen:

  1. assalam, sangat menarik info ni....mmg tak pernah dgr wujud negara sebegini...

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Mesti best dok kat Pulau tu sebab tak ramai orang.
    Memang tak pernah dengar lagi cerita ni..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Pertama kali dengar hal pulau ini.
    Jika penduduknya sikit dah tentu aman damai kan!

    BalasPadam
  4. Sallam En. Zul,

    Pertama kali dengar nama pulau ini,
    Rasa macam nak duduk kat pulau ini plak,
    Aman je rasanya sebab tak ramai orang..

    BalasPadam
  5. Gamok sedak juga kalau duk kat situ tak de pancarobanya yak :)
    org nok berdemo pun tak de yak :)

    BalasPadam
  6. memang first time dengar negara pulau ni..pitcairn island..hmm...tq for info..

    negara pulau yg kecil tapi urustadbir nya entah la macammana susah atau tak...

    BalasPadam
  7. mesti gdp diorg sgt tinggi.. :)

    BalasPadam
  8. Sudah tentu penduduk mudah dikenali antara satu sama lain. Agak-agak apa pekerjaan utama penduduk di pulau ini?

    BalasPadam