Bila Lisa Surihani Dan Yusry KRU Menjadi Guru TFM (Gambar)

Program 'Teach For Malaysia Week' atau TFM adalah anjuran sebuah badan bebas bukan berasaskan keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di beberapa sekolah berkeperluan tinggi terpilih di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013

Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim dan isterinya Lisa Surihani,  merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

 
FOTO: Bernama

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris. Lisa sendiri teruja dengan kerjaya perguruan dan merasakan bukan mudah menjadi seorang guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar. Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini "- BERNAMA

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan dan dijadualkan mengajar di beberapa sekolah terpilih seluruh negara.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 17, 2012

14 Komen:

  1. alamak..sekolah lama saya duluuuuuu

    BalasPadam
  2. Setu pendekatan menarik...
    pedagogi pengajian lain dari yg lain....

    New Post by MQ : Kenangan Terindah - Sepetang Bersama Blogger

    BalasPadam
  3. pelakon semua boleh jadi... :)

    BalasPadam
  4. sonok ler students kat situ hehe :)

    BalasPadam
  5. cikgu lisa & cikgu yusry :)

    BalasPadam
  6. Saya nak tahu apa tujuan TFM ini dilaksanakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Bro..
      tak dapat saya terangkan di sini..
      sebab saya pun masih mencari tujuan
      sebenar program ini..apa pun jika
      kerja sukerela sebegitu menarik
      perhatian selebriti pasti mengujakan

      Padam
  7. Assalam..
    Soronok la student kat situ,
    pasti bersemangat belajar.

    BalasPadam
  8. he3 semangat student kat situ..

    BalasPadam
  9. Wah syoknya skolah tu..dapat jumpa Lisa dgn Yusri.. Agak2 budak kelas tu.. dia belajar ke..atau diorang mengelamun tgk Yusri dgn Lisa..heheheh

    BalasPadam
  10. assalam, satu usaha yg patut dipuji...

    BalasPadam
  11. menarik minat para pelajar..

    BalasPadam
  12. Salam
    Aku fikir lebih bagus kalau selebriti ni beri ceramah je berbanding masuk mengajar sesuatu topik mata pelajaran
    Pelajar yang mendengar akan lebih ramai dan skop perbincangan juga akan lebih luas

    Apampun tahniah kepada mereka

    BalasPadam