Sampul Berisi Dari Exabytes Network



Salam semua, sampul surat berisi 'isi' dari Exabytes Network ini adalah hasil pertama saya dari iklan jenis sain kontrak dengan pengiklan. Jumlahnya mungkin tidak sebanyak mana tetapi bayaran yang berikan adalah tetap dan bergantung pada kontrak yang ditandatangan secara online dengan mereka.

Saya bukanlah seorang yang begitu pandai bab iklan dan perjanjian kontrak sebegini. Jadi buat permulaan, saya mengikat kontrak selama sebulan dengan Exabytes dan menghasilkan jumlah RM yang mengatasi jumlah hasil yang dikumpul oleh iklan seperti Nuffnang dan Advertlets selama berbulan-bulan.

Menepati syarat-syarat tertentu pengiklan, alhamdulillah hanya sekali mohon, permohonan saya diluluskan oleh mereka melalui interaksi secara email. Agak menarik juga kerana,  saya bukannya berapa cekap menulis surat rasmi dalam English, jadi saya hanya menulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Sedangkan di pihak pengiklan mereka membalasnya dalam English, jadi di sini ibarat 'ayam' berinteraksi dengan 'itik', tetapi kedua-duanya seolah-olah faham memahami, he he..memang kelakar bila saya kenangkan. Tapi segalanya berjalan secara lancar, kerana saya tetap memahami English.

Anda juga boleh mencubanya dengan klik link yang berada di bawah header blog saya itu dan di sana ada email Exabytes untuk anda menghubungi mereka. Setakat ini setahu saya, hanya itu sahaja cara untuk memohon mendapatkan kontrak pengiklanan dengan pihak Exabytes. Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 21, 2012

15 Komen:

  1. Bro berapa email saya berapa dia bayar hehehe...

    BalasPadam
  2. Hehe, tahniah... Masyuk gak tu... Memula sebulan, pasneh leh try g...

    BalasPadam
  3. Tahniah Zul, boleh belanja saya makan nanti ... ^__^

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  4. Tahniah.
    Bukan senang nak ikat kontrak melalui iklan ni. Kalau hasil memuaskan, nanti buat dalam setahun pula kan?

    BalasPadam
  5. Alhmamdullilah, murah rezeki Zulkbo.
    Komer pun pernoh dapat sebelum ini dari Exabytee tapi tak sebanyok Zulkbo punya rasanyer..:D

    BalasPadam
  6. koi dah dapat ..lepas juga bajet untuk beras 3 beg..hehe..

    BalasPadam
  7. RM 50 utk 3 bulan kan abg zul...pas tue dia nk UV sekurang-kurangnya 200 sehari...

    blog abg zul mmg takde hal la tang UV tue..

    mrk memang profesional..cek dihantar sgt menepati masa...

    p/s: mana header sampan tue

    BalasPadam
  8. Saya baru bermula mengiklan Exabytes hari ini. Insyallah lagi sebulan akan menuai hasilnya. :-)

    BalasPadam
  9. mcm mana nak dpt kontrak iklan drpd Exabytes...kena UV TINGGI KE..kalau tak tak dpt ke

    BalasPadam
  10. tahniah sifu
    janji masyukkk :)

    BalasPadam
  11. mak pun ada pasang iklan dengan pihak exabytes ni. Tp masih menunggu cek smpi ke tangan mak

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Tahniah...rezeki lagi..
    tahun lepas, saya dapat tawaran untuk 4 bulan...

    BalasPadam
  13. Salam
    Sebulan lebih baik berbanding beberapa bulan
    Memang menarik ni, bro

    BalasPadam
  14. tahniah. ni untuk bayaran 3 bulan ker?

    BalasPadam