Ole-Ole Dari Denaihati : Khalifah Ganti Superman

Salam semua, minggu dan hari yang sibuk buat saya sehingga hendak menjengah blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi ke blog rakan yang lain. Kalau updated blog sendiri pun hanya cerita yang ringkas-ringkas sahaja sebelum kisah tersebut menjadi basi.

Minggu lepas saya ada menerima kiriman bungkusan yang tidak dapat di hantar ke tangan saya kerana tiada penghuni di rumah. Hanya sekeping slip pemberitahuan berkenaan ketidakbolehan penghantaran tersebut, disertakan oleh posmen dan di tinggalkan dipeti pos rumah.

Memandangkan saya tinggal di kawasan Ampang, maka Pusat Pungutan Courier Poslaju yang paling hampir adalah di Taman Shamelin, Cheras. Agak jauh dari laluan biasa saya ke tempat kerja, maka saya tangguhkan dahulu untuk ke sana dan hari ini baru berkesempatan mendapatkannya di sana.

Pada mulanya saya ingatkan cek bayaran yang dihantar oleh syarikat pengiklan, rupanya satu bungkusan yang agak besar saya dapat kali ini. Ole-ole dari Bro Denaihati saya terima, bukan ole-ole  berupa kek buah atau buah delima beliau, tetapi sebuah buku buat santapan minda.
 

Sebuah buku tulisan Muhammad Ali Hashim bertajuk 'Khalifah Ganti Superman'. Kalau tak silap saya, buku ini sebagai penghargaan kepada  para peserta yang tersenarai antara peserta peringkat kedua Contest Gadget Impian di blog Bro Denaihati tempohari.

Belum sempat membacanya lagi, kerana selepas saya mengambil bungkusan itu di pusat pungutan Poslaju tadi, saya singgah ke sekolah Mrs saya untuk minum pagi dan beliau tertarik untuk membaca buku ini dahulu, jadi saya akan membacanya kemudian (ladies first).

Terima kasih saya ucapkan buat empunya blog Denaihati yang bermurah hati menghadiahkan saya buku tersebut. Sebagai tanda ukhwah sesama blogger, saya menyarankan pembaca di blog saya agar singgah juga ke blog Denaihati.Com. Ada banyak kisah menarik tulisan Otai Blogger ini,  untuk dikongsi  pembaca semua.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 01, 2012

16 Komen:

  1. Tahniah.. :D Lepas ni boleh menafaatkan masa terluang dengan membaca.

    Post Terbaharu Saya - Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel

    BalasPadam
  2. Menarik buku ni... Nak pegi cari pasni.

    BalasPadam
  3. ramai yg dapat yer tahniah bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai peserta sangkut kat peringkat kedua
      setahu saya.termasuklah saya..he he..apa
      pun saya tak kesah..bagi peluang kat lain
      menang gadget

      Padam
  4. Boleh buat ulasan mengenai buku ini nanti. :-)

    BalasPadam
  5. Ha ah, boleh lah lepas ni buat ulasan tentang buku ni :-)

    BalasPadam
  6. Tahniah sifu
    pasni bolehlah kongsi ilmu dlm buku tu pulak

    BalasPadam
  7. saya xdapat-dapat lagi ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu turn bro.. byk sgt.. pos sikit2.. hee

      Padam
  8. rajin baca buku.. saya memang malas betul nak membaca buku kecuali komik. Wargh!!

    BalasPadam
  9. Apapun Tahniah bro...Zulkbo.com mmg mantop arrr!!!

    BalasPadam
  10. Pos off dekat mapley senget tu ke? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..macam pernah pergi je..
      sekampung la kita ye..?he he

      Padam
  11. Assalam..
    Tahniah...bestnya dapat hadiah buku.
    Saya cukup suka kalau dapat buku...
    Habis saya angkut buku2 lama bapak mertua, bawak balik ke rumah saya. Risau takut mak mertua buang buku2 tu, sayang. Buku adalah harta yang amat berharga bagi saya..

    BalasPadam
  12. sama-sama. juga berterima kasih kembali kerana antara blogger yg cukup rajin bertandang n berkomen di Denaihati.

    BalasPadam
  13. tahniah. tahniah. hehe..

    BalasPadam