Bayi Digam Mulut Di Taska Di Johor (Video) : Apa Nak Jadi Nih?





Salam semua, menyirap betul darah saya bila melihat video bayi yang digam mulutnya dengan plaster di sebuah Taska di Johor. Mungkin untuk mengelak bayi tersebut menangis dan menyusahkan pengasuh agaknya? Boleh dikira tahap tidak berperikemanusiaan betul manusia yang sanggup melakukan hal sedemikian terhadap bayi yang tidak berdosa dan tidak tahu mengadu sakit demam mereka lagi.
Siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka. Hasil siasatan mendapati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menjatuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis.(Sinar Harian)
Saya cuba membayangkan bayi ini anak saya, dan terasa sebak sekali bila melihatnya. Ketika ibu dan bapa pergi bekerja, anak-anak ditinggalkan dan diamanahkan pengasuh untuk di jaga di pusat asuhan berbayar dan begini pula dilakukan terhadap anak-anak kita. Memang patut diambil tindakan tegas pada mereka yang bertanggungjawab agar perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 29, 2012

12 Komen:

  1. aduuuh manusia cam ni pun ada
    jangan lah terjadi kat taska tempat kome hantar anak udah la :)

    BalasPadam
  2. salam...kejamnya..
    makin melampau pula org2 yg kendali nurseri
    skrg ni..
    kalau tak mampu nak jaga lebih baik
    tak payah jaga budak2..tutup nurseri..lg bagus..

    BalasPadam
  3. Benci sama perusahaan koq malah bayi tak berdosa yangjadi korban. Sungguh biadab. Apa gak pernah merasakan jadi bayi ya...

    BalasPadam
  4. Alangkah jahatnya orang yang melakukan ini ya, bayi yang tak berdosa diperlakukan seperti ini.

    BalasPadam
  5. macam-macam perangai manusia sekarang ni. kalau ye pun tak puas hati dgn majikan tu, jgn lah dibuat mcm tu pada budak kecil tu. mcm mana lah kalau dia juga kena mcm tu? haih. tak ada nilai peri kemanusian langsung.

    BalasPadam
  6. Ini kes sabotaj bekas majikan kerana tidak berpuas hati.

    BalasPadam
  7. kesian juga kat pengusaha taska ni, kalau dah jadi mcm ni, nama taska dah jadi perhatian negatif. kalau ikut berita tv, mungkin pengusaha taska ni akan ambil tindakan saman atau sebagainya.
    2 orang bekas pekerja sedang disiasat.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama01 Mac, 2012

    Dah banyak kes kat taska? Apa tindakan kerajaan BN? Sepatutnya semua taska perlu di letakkan bawah kerajaan kerana inilah pembangunan modal insan tahap pertama. Cuba contohi kerajaan Jepun, Taska semuanya dibawah kerajaan sampaikan makanan di taska pun kerajaan yg sediakan utk pastikan zat seimbang dan kualiti terjamin. Malah setiap taska pengasuhnya ada degree dan di tempatkan seorang doktor atau jururawat. Di Malaysia, menteri sibuk buat bisnes lembu, tak buat kerja. Rakyat ambil indon jaga anak atau hantar taska yg tak de kualiti. Patutlah negara makin hancur.

    BalasPadam
  9. slm en.zul...
    semoga sihat2 hendaknyer...

    tak sanggup tgk video ni...
    sbb kesian sgt kat baby2 tu...

    BalasPadam
  10. hmmmmm
    ape punyer orang daaa...

    BalasPadam
  11. Kejam betul dua orang pembantu tu. Kesihan betul bayi yang tak berdosa..

    BalasPadam
  12. Hmmm, tu lah, Ada terbaca komen dr ustaz, *lupa namanya* org yg buat tu Ada masalah jiwa.... *kalau x Dia xkan buat cenggitu*

    BalasPadam