Hari Kraf Kebangsaan 2012


 
 Tarikh :21 Mac 2012 - 02 Apr 2012
Masa   :10 Pagi-10 Malam
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Masuk  :Percuma

Kraftangan Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) yang akan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran kali ke 10 tahun ini memaparkan konsep 'Pop Art' dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf dalam negara, sekaligus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jika 2011 menampilkan kesenian songket, Hari Kraf Kebangsaan 2012 kali ini menampilkan tema "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menghasilkan pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat dan negara Malaysia.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 18, 2012

12 Komen:

  1. banyak yg menarik
    boleh hasil tangan anak tempatan

    BalasPadam
  2. abang saya ada jual di sana... permata ilham larik... esok dia gerak kl....

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam biasa..
      setiap tahun Zikr..
      insyaallah nanti saya
      "ricky"..roger!

      Padam
  3. Salam...lama tak bertamu dan blogwalking..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      selamat kembali bersiaran Bro..
      lama menyepi..bertapa ke..?

      Padam
  4. pagi pagi aku sarapan di kompleks kraf, minggu ni kena parking kat luar, tak boleh masuk di sebabkan persediaan untuk pameran

    BalasPadam
  5. Boleh cari baju batik. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada plan nak cari
      satu baju batik kain cotton

      Padam
  6. Salam
    Teringin juga singah
    Tapi nak buat macam mana, jauh pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      insyaallah tahun depan ada
      lagi Bro..bolehlah ke sini :)

      Padam
  7. salam...dtg ler opis koi te..hehe

    BalasPadam