Video Majlis Akad Nikah Pasangan Yusry Abdul Halim Dan Lisa Surihani



Tak lengkap rasanya setakat menyiarkan gambar-gambar sekitar majlis akad nikah pasangan popular Yusry KRU dengan Lisa Surihani tanpa menyiarkan video majlis akad nikah pasangan popular tersebut.

Dengan sekali lafaz, Yusry Abdul Halim, sah menjadi pasangan suami isteri kepada Lisa Surihani dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya dan dihadiri oleh saudara terdekat mereka.



Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dan beberapa orang saksi lain.

Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin selain pihak media. BaarakAllahu lakum wa lana..semoga berbahagia selamanya hendaknya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 25, 2012

4 Komen:

  1. Selamat Pangatin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  2. dah selamat, syukurlah.. :-)

    BalasPadam
  3. selamat pengantin baru moga berbahagia selamanya n mendapat keredhaanNya

    BalasPadam
  4. Sudah selamat semuanya. :-)

    BalasPadam