Live Malaysia VS Japan (Jepun) 22 Feb 2012 : Kelayakan Olimpik 2012


 
Bolasepak Kelayakan Olimpik London 2012

Malaysia vs Japan (Jepun)
22 Februari 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam

Perlawanan ini lebih kepada memenuhi jadual sahaja,  kerana pasukan Malaysia sudah boleh melupakan hasrat ke Sukan Olimpik 2012 yang akan datang tidak lama lagi. Kekalahan demi kekalahan yang terpaksa ditelan walaupun pahit hakikatnya, oleh peminat bolasepak negara. Harapan perlawanan kali ini, Pasukan Harimau Muda berjaya melakukan sesuatu untuk mengembalikan maruah bolasepak negara. 

Berjaya menjaringkan walau sebiji gol, pasti akan menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti. Setidaknya kalau kita seri malam ini, satu mata yang berjaya di kumpul akan memecah kebuntuan pasukan negara sepanjang Pusingan Kelayakan Olimpik 2012 kali ini. Kalau menang nanti dengan Jepun, setidaknya maruah bolasepak negara kembali di hormati.

Pada anda yang berkesempatan, bolehlah ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Harimau Muda yang akan turun menentang pasukan Jepun 22 Februari nanti. Pada yang  ada TV,  anda boleh menonton melalui siaran TV1 atau Astro Arena. Pada yang inginkan siaran secara LIVE STREAMING anda boleh ke PAUTAN ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 21, 2012

5 Komen:

  1. Harp kalini Malaysia dpt membolosi gol lawn :D


    http://melatiqistyna.blogspot.com/2012/02/tulun-tulun-kebakaran.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah jua harapan
      besar dari saya..lawan
      tetap lawan :)

      Padam
  2. kalah memang x kira
    janji melawan :)

    BalasPadam
  3. Skuad Harimau Muda perlukan sentuhan magis.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA