Gambar Kekasih Hafiz Awan Nano

Belum pun reda kisah cintanya yang putus di tengah jalan bersama Adira, semalam ketika menghadiri majlis kesyukuran bersempena kejayaan Hafiz di Anugerah Juara Lagu yang lalu, Hafiz kini dikatakan telah ada kekasih baru. Gadis yang didakwa sebagai kekasih Hafiz itu dilihat duduk berjauhan daripadanya di majlis itu.


Apabila di tanya wartawan, kesahihan adakah benar gadis tersebut adalah kekasih barunya, Hafiz hanya tersenyum sambil ketawa. Ketika melihat gambar yang dirakamkan wartawan, Hafiz memberitahu; "Kami hanya kawan sahaja. Tidak salahkan kalau saya menjemputnya hadir pada malam ini."


Sumber: Media Hiburan

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 09, 2012

12 Komen: