Carling Cup 2012 : Liverpool Juara (Video Gol)

Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan selama enam tahun dengan menjulang Piala Liga selepas menewaskan Cardiff City 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 selepas mengharungi sehingga 120 minit masa perlawanan di Stadium  Wembley awal pagi tadi.




Cardiff berada di depan seawal minit ke-19 menerusi jaringan Joe Mason, sebelum kedudukan disamakan Martin Skrtel pada minit ke-60 untuk mengheret permainan ke masa tambahan. Dirk Kuyt menceriakan penyokong Liverpool apabila menjadikan kedudukan 2-1pada minit ke-108.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan sehingga wisel penamat dengan pemain pertahanan, Ben Turner muncul hero Cardiff dua minit sebelum masa tambahan tamat dan memastikan pertarungan dramatik itu ditentukan dengan sepakan penalti.

Kemenangan Liverpool diperolehi apabila pemain gantian Cardiff, Anthony Gerrard, yang juga adik sepupu kepada kapten Liverpool, Steven Gerrard, yang mengambil sepakan kelima (terakhir) pasukan Cardiff City yang tersasar dari gawang gol.

Sumber: AFP


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 27, 2012

7 Komen:

  1. assalam, dulu mmg minat Liverpool tp skrg MU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      MU antara team yang paling
      ramai peminat di dunia..saya
      tak sangkal lagi :)

      Padam
  2. "malaysia" main best dah
    cuma kalah pada nasib
    tapi tu dah kira sebagai satu kemenagna dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..setidaknya team Cardiff City
      dmiliki oleh orang Malaysia..kira bangga
      dah tu :)

      Padam
  3. Cardif City hampir mencipta sejarah. Walaupun kalah kelad ini perlu bangga kerana tewas kepada sepakan penalti.

    BalasPadam