2012 Academy Awards-84 : Senarai Penuh Pemenang

Aktres veteran Meryl Streep memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi The Iron Lady. Ia adalah kemenangan ketiga buat aktres berusia 62 tahun itu dan yang pertama dalam tempoh tiga dekad. Kemenangan itu sekaligus mengukuhkan status Streep sebagai aktres terunggul dalam generasinya.


Filem bisu hitam putih arahan pengarah Perancis Michel Hazanavicius, The Artist mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-84 pada malam Ahad (waktu tempatan), di Hollywood, Amerika Syarikat.

Filem yang melakar sejarah sebagai filem bukan bahasa Inggeris pertama yang meraih kejayaan tertinggi di anugerah Oscar (Academy Awards) itu turut membawa pulang empat anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Skor Asal Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

 SENARAI PENUH PEMENANG
    Filem Terbaik

    The Artist

    Pengarah Terbaik

    The Artist, Michel Hazanavicius

    Pelakon Lelaki Terbaik

    Jean Dujardin, The Artist

    Pelakon Wanita Terbaik

    Meryl Streep, The Iron Lady

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

    Christopher Plummer, Beginners

    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

    Octavia Spencer, The Help

    Filem Cereka Animasi Terbaik

    Rango, Gore Verbinski

    Pengarahan Seni Terbaik

    Hugo, Dante Ferretti (Rekaan Produksi) dan Francesca Lo Schiavo (Dekorasi Set)

    Sinematografi Terbaik

    Hugo, Robert Richardson

    Rekaan Kostum Terbaik

    The Artist, Mark Bridges

    Suntingan Terbaik

    The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter dan Angus Wall

    Filem Bahasa Asing Terbaik

    A Separation, pengarah Asghar Farhadi (Iran)

    Solekan Terbaik

    The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland

    Suntingan Bunyi Terbaik

    Hugo, Philip Stockton dan Eugene Gearty

    Adunan Bunyi Terbaik

    Hugo, Tom Fleischman dan John Midgley

    Dokumentari - Cereka

    Undefeated, TJ Martin, Dan Lindsay dan Rich Middlemas

    Dokumentari - Pendek

    Saving Face, Daniel Junge dan Sharmeen Obaid-Chinoy

    Kesan Visual Terbaik

    Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman dan Alex Henning

    Muzik (Skor Asal Terbaik)

    The Artist, Ludovic Bource

    Muzik (Lagu Asal Terbaik)

    Man or Muppet, muzik dan lirik Bret McKenzie, The Muppets

    Filem Pendek (Animasi) Terbaik

    The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, William Joyce dan Brandon Oldenburg

    Filem Pendek (Aksi Langsung) Terbaik

    The Shore, Terry George dan Oorlagh George

    Penulisan (Lakon Layar Adaptasi) Terbaik

    The Descendants, oleh Alexander Payne dan Nat Faxon & Jim Rash

    Penulisan (Lakon Layar Asal) Terbaik

    Midnight in Paris, oleh Woody Allen

Majlis gemilang itu membariskan bintang-bintang besar termasuk pemenang Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pada tahun lalu iaitu Colin Firth dan Natalie Portman, Tom Cruise, Penelope Cruz, Tom Hanks dan Angelina Jolie selaku penyampai.

Antara pertunjukan memukau pada acara itu adalah persembahan bertemakan sinema oleh kumpulan penari dari Kanada, Cirque du Soleil dalam akrobatik luar biasa yang melangkaui pentas dan siling auditorium tersebut.

Pelawak British, Sacha Baron Cohen turut mencuri perhatian apabila tampil berpakaian seperti watak filem terbarunya, The Dictator dan menuang abu mayat palsu mendiang pemimpin Korea Utara, Jim Kong-Il pada acara karpet merah.

Sumber: AFP


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 27, 2012

5 Komen:

  1. Meryl Streep memang hebat dalam The Iron Lady.. Persis Margaret Thatcher..

    Post Terbaharu Saya - Erykah Badu - The Star Bikin Panas!

    BalasPadam
  2. hugo menang 5 award, jalan ceritanya pun best juga.
    sesuailah tengok dgn anak2 sbb cerita heronya budak n xde adegan panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tonton lagi citer nih..
      atas rekemen anda..insyaallah saya
      akan tonton..TQ

      Padam
  3. Saya suka menonton lakonan Meryl Streep didalam filem muzikal bertajuk Mamma Mia!

    BalasPadam