Orang Pulau Pinang Kini Boleh Semak Harta YB Mereka



Satu langkah ke hadapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila, orang ramai boleh menyemak sendiri butir-butir pendapatan dan harta ketua menteri dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang menerusi laman web rasmi kerajaan negeri itu.

Maklumat lebih terperinci harta exco-exco itu boleh dimuat turun dan dinilai oleh semua rakyat Malaysia melalui laman web kerajaan negeri Pulau Pinang di http://www.penang.gov.my. Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng  pengisytiharan harta secara terbuka ini menjelaskan lagi keseriusan dan keterbukaan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“Exco Pulau Pinang yang memegang jawatan dan amanah awam sebulat suara bersetuju bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut kebertanggungjawaban penjawat-penjawat awam.(Oleh itu, Exco-exco) ingin menegaskan bahawa kami tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan yang lain selain daripada elaun awam sebagai penjawat awam dan wakil rakyat.”
Menurutnya, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia pengisytiharan harta secara terbuka ini dikendalikan oleh sebuah firma audit bebas dan bukan oleh kerajaan negeri. Firma audit yang diberi tanggungjawab menilai itu adalah KPMG dan rakan kongsi kanannya, Akauntan Bertauliah Ooi Kok Seng.

Langkah penyebaran maklumat harta exco-exco Pulau Pinang adalah selaras dengan Akta Maklumat Bebas yang diperkenalkan tahun lepas, selain sistem tender terbuka yang telah mendapat pujian daripada Transparency International (TI) dan juga Ketua Audit Negara.

NOTA: Minta perhatian kepada semua Kerajaan-kerajaan Negeri lain termasuklah Kerajaan Pusat juga. Bila lagi nak bersikap telus sebegini? Setidaknya menolak tohmahan masyarakat, orang yang masuk politik dan menjadi YB ini semuanya nak kayakan diri dan keluarga dengan tender-tender Kerajaan Negeri mahupun kerajaan Pusat. Link yang dinyatakan tersebut. 




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 13, 2012

16 Komen:

  1. Tahniah Kerajaan Negeri Pulau Pinang..kalau kita ikhlas dalam sesuatu pekerjaan..apa nak di takutkan..

    BalasPadam
  2. kena buah keras dah tu
    kalau kerajaan la ni buat gini
    ramai yg kantoi :)

    BalasPadam
  3. Salam zul, hak penting kena ikhlas yak jangan main sorok2 yak :)

    BalasPadam
  4. Salam..malu orang Cina ajar orang Islam supaya telus....patutlah nabi ada berkata tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkan mcm tu bro..tuntut ilmu ke negeri cina bermaksud tuntut ilmu x kira sempadan

      islam dh mmg telus..hanya iman masing2 yg membezakan..

      Padam
  5. Ketelusan memang perlu sebagai ketua agar rakyat mempercayainya.

    BalasPadam
  6. Tindakan kerajaan Pulau Ping ini baik dan patut dicontohi oleh lain-lain negeri :D

    BalasPadam
  7. Harap kerajaan yang dipimpin oleh BN juga melakukan sedemikian rupa baru rakyat boleh menilainya ...

    BalasPadam
  8. Jangan isytihor separuh2 dah la....

    BalasPadam
  9. assalam, tahniah, satu ketelusan yg payah dilaksanakan...

    BalasPadam
  10. bagus jugak buat macam nih. hope semuanya telus jugak kan.

    BalasPadam
  11. Ada ahli politik kita yang berani. Negeri Pulau Pinang mengharamkan pengunaan plastik secara total.

    BalasPadam
  12. salam
    istihar dan benarkan orang ramai semak
    bagus juga tu
    sama2 ambil tahu

    BalasPadam