Gabungan Siti Nurhaliza Dan Rabbani Konsert Percuma Muhammad Al-Ameen


Gabungan 2 artis yang berlainan genre dalam konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, menampilkan sesuatu yang  cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.


Untuk konsert percuma tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru mereka berjudul Muhammad Al-Ameen. Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan.

Memeriahkan acara konsert itu, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Selain itu turut diadakan secara eksklusif, Malam Gala Eksklusif Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani. Untuk acara eksklusif ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500.


Foto: murai.com


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 25, 2012

11 Komen:

  1. Boleh tahan harga tiket tu yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam Gala tu untuk yang berduit
      dan nak yang eksklusif je..ada
      makan-makan rasanya tu sekali :)

      Padam
  2. Ini konsert untuk orang-orang yang eksklusif jer kot? Tak mampu nak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konsert Free..yang berGala malam
      tu je nak kena banyar..padan dah
      status dia pun Dato' sekarang :)

      Padam
  3. Siti bawak aje lagu bender sedak blake yak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah..sedap je halwa telinga
      koi mendengar tak kira lagu apa pun :)

      Padam
  4. Rasanya pertama kali di gabungkan. Agak lama Rabbani menyepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dulu ada rasanya
      sesekali lah, bukan dalam
      satu konsert :)

      Padam
  5. Salam
    Kalau yg free boleh la
    Nak bayar, nampak banyak juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      layan yang percuma sudah la
      tapi konfirm bersempit dan
      bersesak nanti..mende free
      semua nak tengok..he he

      Padam
  6. bilalah makcik siti ni nak pakai tudung lengkap ye..ko makbulkan doaku ini Ya Allah..

    BalasPadam