Cara Semak Keputusan Sijil Tinggi Agama (STAM) 2011 SMS Dan Online

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi 26 Januari 2012. Seramai 8,499 calon menduduki STAM pada tahun 2011, di 108 pusat peperiksaan di seluruh negara.



Calon-calon STAM tahun 2011, adalah  terdiri daripada 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat.

1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang menduduki STAM 2011, akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2011 melalui sistem pesanan ringkas SMS. Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi, 26 Januari 2012 ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Februari 2012.

STAM [angka giliran] dan hantarkan ke 15888
Contoh: STAM AB000000 sms ke 15888

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 25, 2012

9 Komen:

  1. salam..
    mudahnya sekarang..cek melalui sms je smua..

    tp tak merasa lah nikmat ambil keputusan kat sekolah,happy2 n nangis2 ngn kawan2... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ermm..nasib baik dulu saya
      tak pernah nangis bila semak
      keputusan exams ni..betul tu
      memang ada kenikmatan tersendiri

      Padam
  2. Mabrook kepada yang Mumtaz!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mabrook..mabrook
      yang tak berjaya
      jangan bersedih pula
      ada peluang lagi..
      life goes on :)

      Padam
  3. Assalam..
    Mudah sekarang ni, nak semak, semuanya boleh dilakukan di mana2 sahaja.

    BalasPadam
  4. salam
    moga2 ramai yang berjaya dengan cemerlang

    BalasPadam
  5. Saya dah semak tapi dia kata nama saya takde dalam rekod. Hahahahaha.... semua nak duit skrg ni.., yg semak free kat tenet tak boleh charge kan.

    BalasPadam
  6. Salam zul, mudah berlaka skg nie semuanya di hujung jari.

    BalasPadam
  7. TAHNIAH KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

    PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) DIBUKA SEKARANG

    Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran bagi yang layak Belajar dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, "Master" dan "PhD" secara sepenuh masa atau separuh masa di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)di Shah Alam Selangor, Malaysia diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.
    Anda juga boleh menghubungi EN AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau 017-6842 836
    atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

    Sumber Rujukan: Semakan Online Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2011 | Premium Beautiful Corset Agent & Part Time Blogger

    http://mediuintake.blogspot.com/2012/12/promosi-kemasukan-pelajar-ke-al-madinah.html

    BalasPadam