Ang Pow Putih Dan Masyarakat Cina



Ermm..kata orang, kalau masuk kandang kembau menguak, masuk kandang kambing kita mengembek. Perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh pelbagai bangsa di seluruh negara, tidak kira Cina, India, Melayu dan juga lain-lain bangsa. Jarang pula saya lihat orang Melayu yang buat rumah terbuka pada Tahun Baru Cina?

Tak pe lah kalau kita katakan ini masyarakat majmuk, sebagai seorang pemimpin 'BESAR' seperti gambar di atas, kita nak sambut juga demi menjaga hati kaum kedua terbesar di Malaysia ini, kena pulak tak lama lagi dah nak PRU-13. Undi kaum Cina banyak yang duduk atas pagar, jadi kita bagilah sumbangan sikit.

Dah nak menyumbang ni, bagilah dengan ikhlas..tak payah tunggu Tahun Baru Cina, siap panggil semua pemberita dan jurugambar baru kita nak hulur. Tiap-tiap hari pun boleh kalau nak hulur sumbangan. Tapi kalau nak menghulur di rumah terbuka sempena GONG XI FA CAI dan kita bagi Ang Pow,  kenalah faham budaya orang baru kita buat.

Bangsa Cina cukup pantang bagi Ang Pow dalam sampul putih, sebab itu tanda wang ehsan buat keluarga si mati. Nama pun Ang Pow yang bermaksud "sampul merah" yang menandakan kesejahteraan buat mereka. Kalau dah bagi sampul warna putih, tanda nak panggil mereka "pergi mati" dan itu adat mereka, jadi kita kena hormat.

Jadi moralnya, kalau kita tak tahu adat resam kaum lain contoh Cina menyambut Tahun Baru Cina, baik tak payahlah kita nak sambut,  sampaikan buat rumah terbuka lagi. Jangan hanya kita buat kerana agenda tertentu seorang ahli politik, dalam mengejar undi kaum lain di saat PRU-13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja nanti.

Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan."Kita semua tahu perkataan angpau ertinya sampul merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 31, 2012

10 Komen:

  1. taktik semua tu.......biasalahhh....
    tak nak sentuh bab politik, tapi sungguh memalukan la kes bagi ang paw menggunakan sampul putih..ayoooo....gambar diatas jelas menunjukkan 2 orang cina tu terkejut...Fail

    BalasPadam
  2. Haiyooo... Cenggini pon Ada ke, hormat la budaya org tu, x sensitip lgsg.... Adoyaiii

    BalasPadam
  3. menanti hari tatak ong
    tak lagi tu... :)

    BalasPadam
  4. kesian ibrahim ali aka katak terbang... nasib lu aar telbang telus masuk lubang gol.. haiyaa mau laih undi pon janganlah x kaji adat lesam olang cina wooo

    BalasPadam
  5. salam ziarah..
    hahAaa, memang kesian giler la kat pembesar yg memang besar serba-serbi ni..tapi jiwa kecik, otak kecik!
    bila abg brahim si rasis Melayu cuba meraikan kaum cina, cam gini la jadinya

    BalasPadam
  6. Walaupun niatnay baik tetapi sensitivi perlu dijaga.

    BalasPadam
  7. Katak manalah tau mengembek

    BalasPadam
  8. Hehehe wat hal lagi mamat ni...

    BalasPadam
  9. pasal hari thaipusam ari tu datuk tu tak sambut pulak......??????heran ler....kata masyarakt majmuk.....hehehehehehe

    BalasPadam