Ombak Rindu Yang Meletup : Sinopsis Dan Klip Video

 
Rata-rata orang menceritakan tentang filem Ombak Rindu, seolah Malaysia di landa demam pula. Suara orang ramai juga berkata, filem ini sememangnya filem yang dinantikan oleh mereka dan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini.

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida. Filem Ombak Rindu adalah hasil karya novelis Fauziah Ashaari.


Sinopsis Filem Ombak Rindu:
Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

 
 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 04, 2011

25 Komen:

  1. Dek gara2 2 kali membaca novel OR..maka sy pergi juga menonton filem ini...jika sesiapa yg telah membaca novel ini rasa kurang seronok menonton..kerana terlalu banyak terpaksa diubah suai utk memendekkan cerita..patutlah penulis tk puas hati..

    Tapi jgn sesekali bawa anak2 bawah umur menonton walaupun utk umum..kerana ada beberapa adegan yg sgt tak sesuai..

    saya lebih terkesan hingga menitis air mata bila Fariz yg menangis...lakonan dia memang mantap!

    dari 5 bintang sy cuma bagi 3 sahaja.

    BalasPadam
  2. @nyanyisunyi

    Ermm..pandangan dari pembaca novel dan penonton filem sendiri..terima kasih..saya sendiri jangan kata baca novel..belum tonton lagi..he he..dengar citer orang je

    BalasPadam
  3. sya dah bce novel mmg leh wat sy menangis....betul2 mghayati 2 kan hehehe.. teringin nak tgk movie lak..harap same.... ah follow

    BalasPadam
  4. Salam zul gayanya macam best aje tunggulah kita layan nnt nak merasa berombak rindu juga hehehe....

    BalasPadam
  5. minggu depan insyaallah nak pi tengok..tak boleh jadi ni....

    BalasPadam
  6. salam
    belum juga baca novel mahu pun menonton filem

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Suka juga baca novel masa zaman remaja dulu...banyak novel saya baca tapi tak pernah nak ingat tajuknya...
    tunggu keluar DVD la...

    BalasPadam
  8. @yura

    Selamat menonton..jangan lupa bawa tisu..nanti bab nangis mudah nak lap
    he he

    BalasPadam
  9. @Anak Ulu Cheka

    Layan jangan tak layan..
    bawak la orang rumah sekali
    mesti dia suka kan..?

    BalasPadam
  10. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    biar berombak rindu di hati..
    jangan Tsunami melanda jiwa udah..
    he he..layan :)

    BalasPadam
  11. @siti murni

    Penyokong setia filem tempatan nampak gayanya nih..TAHNIAH :)

    BalasPadam
  12. @tehr

    W_salam wbt..
    Kita serupa nampak nya saudara..
    jangan indah khabar dari rupa sudah bila kita tonton nanti :)

    BalasPadam
  13. @iza

    W_salam wbt..
    ermm..nak tanya jugak DVD beli
    yang pasar laman ke ori?he he..

    BalasPadam
  14. inilah kali pertama aku tengok lisa surihani seksi lebih sket. aduh.

    BalasPadam
  15. semua tengah hangat kata pasal ombak rindu ni..kat sini memang tak boleh nak tengok..tunggu astro first dan tengok kat youtube la jawabnya..hehe

    BalasPadam
  16. @titan

    Erkk..seksi ke..kesian kat dia
    ingatkan dah bertudung litup?

    BalasPadam
  17. @paihujey

    Ha ha..murah dan cekap..
    tapi lambat la sikit kalau
    nak tunggu di Youtube..he he

    BalasPadam
  18. wah, ini macam perlu tengok di pawagam juga ni. :D

    Lensa Pisyek

    BalasPadam
  19. Em, macam ramai yang dipukul ombak. Ombak Rindu. :)

    BalasPadam
  20. @zulkbo
    Tak pernah lg beli DVD di pasar malam..hubby memang payah nak beli cerita Melayu. biasanya pinjam je kat kawan ataupun download dalam internet.

    BalasPadam
  21. Isteri hendak sangat menonton filem Ombak Rindu dan saya pula hendak menonton filem Twilight. :-)

    BalasPadam
  22. Mmg ramai org dok mengatakan filem ni best. Apapun teman tggu DVD je, layang sengsorg kat umah. (takut layan kat panggung ternangis plak, boleh jatuh saham ooo)hehe

    BalasPadam
  23. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah,dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  24. Ramai orang kata cerita ni best.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA