Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-6 (Video)


Dua penyingkiran serentak dilakukan pada minggu keenam program Maharaja Lawak Mega yang menyaksikan kumpulan 3G dan kumpulan Bawel dari Indonesia tersingkir pada minggu yang dipersembahkan secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam. Kini hanya tinggal tujuh peserta lagi untuk meneruskan cabaran di minggu ke 7 Maharaja Lawak Mega.

Aspek permarkahan dikira berdasarkan undian penonton yang membawakan 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan. Penyingkiran 3G dan Bawel telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada minggu yang bertemakan muzikal ini.

Selain 3G dan Bawel, kumpulan Saehu juga turut antara yang mendapat undian terendah sepertimana yang diumumkan oleh hos MLM, AC Mizal. Kumpulan 3G dianggotai oleh Enot, Didie Alias dan Yassin manakala Bawel pula dianggotai Dodon, Amin dan Dadang adalah kumpulan yang mendapat markah terendah di antara semua sembilan peserta.


 
Video lawak minggu ke-6 kumpulan SYOK


 
Video minggu ke-6 kumpulan OSBON


Video Kedudukan Undi Terkini MLM



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 03, 2011

11 Komen:

  1. entahlah lama ke x berminat dgn MLM ni
    ambil tau gitu2 je dah

    BalasPadam
  2. salam, biasa tgk kat you tube aje...tq atas`makluman

    BalasPadam
  3. Biasanya mlm sabtu tenguk Soleheh berselang seli MLM tp mlm tadi pegi Alamanda tenguk Ombak Rindu...tenguk kat sini je lah jwbnya...

    BalasPadam
  4. Tgk skali dua jer..
    Mcm x bape beh jer..
    Beh lagi maharaja lawak aritu...

    Ape2 pun harap2 kump dr malaysia la menang yek..

    BalasPadam
  5. Sallam,

    Saya tengoklah sekali jangan ke tidak masa minggu kelima ari tu, seramai-ramai tu saya cuma minat kumpulan Osbon.

    BalasPadam
  6. salam
    daat nengok gambar je
    broadband slow

    agak2 siapa yang boleh menang ni?

    BalasPadam
  7. Salam Zul jarang nengok sesekali layan juga :)

    BalasPadam
  8. kekadang tu, lawak yg dipersembahkan x layak dipanggil 'MEGA'.

    BalasPadam
  9. syok ada peningkatan..boboi pulak malam tuh ..kureng sikit.. tapi idea dah kreatif...

    BalasPadam
  10. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah, dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  11. yang best malam tu aku rasa syok dengan pi mai aje. yang lain..di bawah par.

    BalasPadam