Jangan Bagi Saya Membebel



Salam semua, tajuk post ni ala-ala trademark Bro Ben "JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL" ha ha. Ermm, hari ini memang saya rasa nak membebel sikit terutama pada remaja melayu kita yang masih bercuti sekolah ketika ini. Muka mereka kelihatan bersepah di pasaraya mahupun Shopping Complex.

PERTAMA: Krismas

Lagi 4 hari penganut agama kristian akan merayakan Krismas, dalam hati saya kata peduli apa kan? Perayaan  mereka, tetapi saya tetap hormat kebebasan beragama di negara kita ini. Walaupun Shopping Complex memainkan lagu "Jingle Bell" seawal selepas perayaan Deepavali,  menjadikan bila terdengar sahaja lagu ini, sampai dah boleh hafal lirik lagunya.

Yang mengharukan, lirik lagu-lagu Krismas ni kebanyakan adalah petikan dari kitab bible mereka. Maka berhati-hatilah semua, agenda tersembunyi Kristianiti di Malaysia sekarang. Jangan sampai hafal dan seronok pula menyanyikannya, tanpa anda sedari merosakkan jiwa dan hati anda kesan jangka panjangnya.

Bila Krismas, selalulah kita lihat di Shopping Complex pakat berlumba menghias hiasan Krismas dengan pokok Krismasnya, dan setinggi 40 kaki pun ada. Memang banyak belanja "puak" ini bila nak Krismas, walau hanya berapa kerat je orang kristian yang nak shopping tiap kali Krismas. Dan yang ramai saya tengok orang melayu kita juga berbondong-bondong.

Dah la tu, yang sibuk bergambar mengalahkan orang nak raya Krismas juga orang melayu kita ni. Posing jangan cakap lah, saya tengok macam-macam aksi mereka buat. Mat Saleh yang dah tentu kristian, lalu pun siap ketawa lagi tengok aksi anak bangsaku ini berposing depan pokok Krismas. Apa nak jadi nih?

KEDUA: Minyak Wangi

Hari ini baru saya perasan yang saya  alergi pada minyak wangi. Bukan alergi kerana penyakit yang merengsakan kulit ke apa, tetapi baunya. Kalau nak cerita bab minyak wangi ni, saya memang tak pernah pakai. Kalau ada pun, satu ketika semasa remaja dahulu, tetapi bila dah besar panjang ni memang saya tak pakai langsung.

Mrs saya selesa bau badan saya (perasan !). Realiti saya memang seorang yang jenis badan tidak berbau busuk, mungkin pemakanan atau tahap kebersihan yang selalu saya praktiskan. Kalau pakaian ke tempat kerja saya hanya pakai sekali sahaja, selepas itu saya pastikan ianya di cuci dan kering sebetulnya (bukan kering redup).

Kenapa saya alergi bau minyak wangi? Hari ini dalam lif adalah seorang hamba Allah yang saya kategorikan bau badannya, uwekss..kalah bau kaki. Ermm..memang saya muntah hari ini di tandas. Bau busuk itu berpunca dari minyak wangi yang melekat terlalu lama di baju beliau, dan beliau memakai semula baju tersebut dan besoknya sembur lagi minyak yang sama.

Ini sebab yang dinyatakan oleh rakan saya yang turut sama berada di dalam lif tadi. Alahai..berkemungkinan badan orang itu jenis busuk, di tambah guna minyak wangi, dan baju tak bertukar maka berganda-ganda kesan baunya sehingga jadi bau yang pelik. Bagaimana anda semua? Jangan ada yang ambil hati, saya sekadar membebel sedikit hari ini :) PEACE!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 21, 2011

23 Komen:

  1. haa...ada bgtu jn tak tahu bro masa kje kl mmg anak teruna terlebih rajin bgru jadinya huhu...

    BalasPadam
  2. bab pose kt poko tu mmg byk..ce tgok fb msti ada punye heeee..

    anak melayus ering lupa diri..tapi tak sedar gelagat kita d perhatkan..

    BalasPadam
  3. kita hormat kpd agama lain
    dan haram kita sebagai umat islam menyambut krismas.

    bab bau badan+minyak wangi= uweekkk
    tu balik kena mandi bunga la
    peace :)

    BalasPadam
  4. eiii gerun saya dgr bau org macam tu.saya jenis pakai minyak wangi.tp ikut jenis yg bau lembut dan bau bunga atau buah saja mcm peach, apple atau strawberry.laling saya jarang sgt2 pki minyak wangi.

    pemilihan minyak wangi bukan main taram je, org kita ni beli minyak wangi 5 ringgit, nak jimat konon.tp bila dau dan bercampur dgn peluh menghasilkan bau yg meloyakan tekak org lain.hrp lps ni mereka yg terjumpa entri ni cium semula bau baju korang.klu bau minyak wangi tu dah bertukar baik sedekah kat adik2 je , jgn pki.biar kalah membeli menang memakai.malu nyer klu org tutup hidung bila kita lalu.haha

    BalasPadam
  5. kalau dihotel atau pasaraya,dah ada yg pakai topi santa.(pekerja islam)

    BalasPadam
  6. saya hanya ke tesco xtra ajer.. jd tak begitu perasan dgn hiasan pokok krismas nih.. hehhe..

    ni bukan salah minyak wangi, tp salah org yg badan berbau.. huhuu..

    tp kakyong memang setuju, jika kita jaga pemakanan, Insya Allah badan tak lah berbau hangit @ kuat benor baunya..

    BalasPadam
  7. Salam, air wangi nie kadang kalau terlalu wangi sangat sudah berbau hangit juga... boleh lemas juga kita Zul :)

    BalasPadam
  8. budak2 sekarang susah nak cakap (bukan semua) tapi ramai yg tak boleh ditegur... suka ikut apa orang lain buat walau pun yg menyentuh soal agama, puncanya kerana tak ada ilmu Islam....

    Pasal minyak wangi, pakai juga, tapi pilih yang bau lembut... & ikut mcm zulkbo praktis...hari2 tukar baju...

    BalasPadam
  9. cerita dlm lif tu, pernah alami kes kentut, hu hu, xboleh tahan,tapi nak buat mcm mane, kena tunggu lift berenti jugak la.

    BalasPadam
  10. assalam zulkbo

    Kdg2 yg jadi santa kat shoping komplek tu budak2 melayu kita juga. Mcam x da perasaan jer dorang ni.

    BalasPadam
  11. @suri

    Setengah tu tak tahu atau
    saja buat lupa..harap mereka
    sedar apa yang mereka lakukan

    BalasPadam
  12. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    Setakat ini yang perempuan memang saya ketahui menjaga kebersihan..dan minyak wangi mereka sedap di hidu :)

    BalasPadam
  13. @azman

    Yang islamnya kenalah protes..saya rasa boss mereka akan faham kan?

    BalasPadam
  14. @Anak Ulu Cheka

    Kenalah hormat menghormati..bab agenda tu koi tahu mereka memang ada..jadi berhati-hatilah khabarnya dah ada yang melayu(murtad jadi kristian)menjadi mubaligh kristian dan tanpa kita ketahui masuk surau dan masjid berjemaah sekali ler nih..

    BalasPadam
  15. @kakyong

    Banyak makan kambing..confirm peluh akan berbau kambing..tengoklah pak arab semua kalau berpeluh..adehhh

    BalasPadam
  16. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    minyak atar yang berbau kuat..time sembahyang jadi tak kusyuk orang di belakang..apa hukumnya tu?

    BalasPadam
  17. @penadigital

    Memang pun..kalau kita tegur direct..dia staring kat kita macam nak telan je..

    BalasPadam
  18. @Denaihati

    Haha..bab kentut memang tak tahan..entah yang paling cun dalam lif tu yang empunya kentut..bukan boleh kira..he he

    BalasPadam
  19. @wachak

    Kalau saya perasan dan saya jumpa..confirm saya tegur..dah tak ada kerja lain ke..?

    BalasPadam
  20. Tak tegur salah, tegur pun salah - tahan jelah bau tu..

    BalasPadam
  21. @Aida Ali

    Realiti memang tak tahan kak..
    akhirnya saya muntah..erkk

    BalasPadam
  22. salam
    ada juga macam tu ya?
    agak2 baju tu boleh tahan sebulan ke
    rasanya harga air dan sabun lebih murah dari harga minyak wangi

    BalasPadam
  23. wah, sampai muntah dibuatnya. haha..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA