Isu Adam Adli : Bukan Nak Menuding Jari Hanya Pandangan Peribadi


Salam semua, isu Adam Adli yang semakin hari semakin panas. Sebagai seorang warganegara Malaysia, yang berpendidikan seperti beliau, saya rasa beliau pasti akan mempertahankan apa yang dirasakan beliau, "aku seorang di pihak yang benar".

Bermula dengan menurunkan banner PM Dato Seri Najib Tun Razak tempohari, tindakan beliau menaikkan kemarahan mereka yang pro kerajaan dan menganggap tindakan Adam Adli sebagai kurang ajar kerana tidak menghormati pemimpin negara.

Mengenali siapa Adam Adli ini, saya terbaca di blog Mazidul Akmal Sidik siapa Adam Adli ini dan anda juga boleh mengenali beliau dari cara percakapan beliau di Twitter. Ermm..beginikah cara orang melayu bercakap? Saya sendiri tak pernah bercakap begini!


Belajar di UPSI adalah sebuah institusi yang akan melahirkan seorang bakal pendidik (guru) anak-anak bangsa demi masa hadapan negara. Anda mahukah seorang yang tutur bahasanya sebegini menjadi tenaga pengajar anak-anak anda? Kalau saya pasti tidak.

Jadi terserah pada anda yang terikut-ikut kemarahan hati orang muda yang selalu merasakan mereka betul. Pada saya walaupun kita betul sekali pun, tidaklah perlu sehingga bercakap seperti orang bongkak dan tak boleh di perbetulkan.



Sebagai jalan penyelesaian mudah pada pandangan peribadi saya, apa salah ucapan minta maaf seorang anak muda kepada PM kita, sudah pasti cukup meredakan ketegangan yang semakin bertambah-tambah. Anak muda perlulah mengalah pada yang lebih tua.

Tindakan disiplin ke atas beliau oleh pihak UPSI sebagai tempat beliau belajar, akan di protes oleh mereka yang seolah cuba mengambil kesempatan dari isu ini. Saya sendiri nampak, seolah tiada isu lagi untuk di politikkan. Jadi mengapa dikeruhkan, suasana yang telah keruh? Akhir kata, meniru kata-kata Mazidul Akmal Sidik di dalam blognya:
"Seorang guru itu dikenang akan jasa beliau yang dihargai berikutan ilmu dicurahkan, sikap mesra ditampilkan dan paling penting beliau itu GURU bukan politikus melaungkan perjuangan di jalanan. Saya bersyukur kerana Adam Adli bukan seorang daripada cikgu maktab yang pernah mendidik saya".


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 28, 2011

13 Komen:

  1. Aku kalo jumpe dia ni aku pukul je. Bodoh punya adam. Xsayang melayu langsung.

    BalasPadam
  2. Saya harap beliau diberi peluang untuk membetulkan kesilapan krn beliau masih muda dan perjalanannya masih jauh...Dan saya berharap beliau mengambil peluang (jika diberi) sebaik-baiknya...Jalani hidup dan penuhi tggjawab sebagai pelajar harapan keluarga dan bangsa...
    Jgn diikut darah muda yg hanya merugikan...

    Inilah akibatnya bila org dewasa menunjukkan cara berpolitik yg sangat buruk dan akhirnya org muda yg mmgnya berdarah panas terpengaruh...
    Bersatulah wahai bangsaku,demi agamamu.. Semoga nasib bangsa kita terbela dan tdk tergadai akhirnya...

    BalasPadam
  3. salam en.zul...
    semoga sihat selalu...

    sy sokong dgn pandangan en.zul....
    sy rs sebagai bakal guru beliau sepatutnya berfikir dahulu sblm bertindak...bkn hanya utk dia...bg sesiapa pun,kemarahan sepatutnya tidak ditonjolkan dengan cara yg boleh merendahkan martabat diri sendiri....

    BalasPadam
  4. ambil je tindakan pada orang cenggini...mmg terlalu kurang ajar...

    BalasPadam
  5. sy sokong pandangan abg zul..

    pada saya apa salahnya yang muda minta maaf pd yang tua..ini bukan isu politik tetapi lebih kepada hormat kepada orang tua...

    sy tak sanggup jika org lain kutuk bapa saya dan melakukan sesuatu pd gambar bapa saya..

    org politik sgt berfikiran jumud..semua mende perlu dipolitkkan..ini soal akhlak..

    sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..tidak menghormati org tua itu adalah salah satu sifat mazmumah yang sgt keji...

    BalasPadam
  6. ya, akhlak perlu dijaga dan di tatang. ia menunjukkan peribadi. hendak menjadi pemimpin perlu ada akhlak dan peribadi yang baik. ramai yang menilai dan memandang.

    BalasPadam
  7. ni namanya bodoh sombong....da terang lagi bersuluh kesalahan yg di buat tp tdk mahu mengakui..cuba menegakkan benang yg basah...org mcm ini tidak layak menjadi pendidik..jd org politik je...politik yg penuh dgn kebusukkan n kekotoran....

    BalasPadam
  8. bahasa yang rosak...mamalukan anak bangsa melayu sendiri

    BalasPadam
  9. mugkin degar lagu dri barat tu sb kata2 mnci dia bercakap huuu..

    BalasPadam
  10. salam
    tak kisah kalau siapa saja nak berpolitik
    tapi aku suka politik yang bersih2 je
    politik yang tenang2 saja

    BalasPadam
  11. Kadang2 pelik juga isu ni heboh sgt,tapi dulu namawe hina kerajaan dalam youtube,tak lah kecoh sgt macam ni...siap boleh buat filem lagi hmm..

    BalasPadam
  12. dari mula aku tgk muka dia dgn pakaian dia dan cara percakapan dia, aku tidak sukakan dia.dia bukan individu yg boleh dibuat contoh apatah lagi diikuti.aku baeranggapan bahawa beliau berjuang bukan nak menegakkan hak student tapi semata-mata politik.

    BalasPadam
  13. aku rasa geng mamak yang nak ludah dia ,lagi teruk perangai mereka...

    BalasPadam