
Salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia meletup pagi ini mengeluarkan kepulan asap tebal dan debu yang tinggi ke langit, mencetuskan keadaan panik di kalangan penduduk di dua kampung sekitarnya.
Gunung Berapi Lokon yang setinggi 3,500 meter dari paras laut di kepulauan Sulawesi, Indonesia ini meletup sebanyak 3 kali semenjak jam 3 pagi waktu tempatan tadi, namun hanya letupan kecil walau gegarannya agak sederhana.

Letupan tersebut boleh kedengaran dalam lingkungan 5 kilometer dari Gunung Berapi Lokon. Seramai 10,000 orang penduduk yang berada di sekitar gunung tersebut akan di arahkan berpindah sekiranya perlu.
Sebelum ini, seramai 5,200 orang telah di pindahkan ke pusat pemindahan sementara sewaktu letupan kecil awal Julai tahun ini. Gunung Berapi Lokon kali terakhir meletup pada 1991 dan membunuh seorang pelancong dari Switzerland.
Indonesia yang terkenal dengan gelaran "Ring of Fire", di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ada berdozen gunung berapi yang aktif. Kali terakhir Gunung Berapi Merapi di pulau Jawa meletup pada tahun lepas membunuh 350 orang.
Sumber: AFP