492 My Alexa : Tercapai Target Tahun 2011


Salam semua, dalam berblogging pasti ada target yang kita letakkan untuk masa depan blog kita, termasuklah pencapaian kita dalam bidang penulisan blog. Menyingkap masa mula berblog seawal Januari 2008, hakikatnya tahun 2010, adalah masa paling aktif saya menulis blog dengan kemaskini entry hampir setiap hari.

Masih mengenang insan pertama yang membantu saya memulakan dunia penulisan blog ini. Beliau juga adalah orang pertama yang menjadi follower blog saya yang masih mencari identiti. Sejak beliau  mendirikan berumahtangga, nampaknya beliau sendiri sudah menjauhi dunia blogging dan hanya aktif di Facebook.



Dari segi paparan halaman, sudah lama blog ini melepasi angka sejuta..alhamdulillah. Mulanya nak buat entry berkenaannya, tapi saya terlepas kerana terlalu asyik menulis tanpa saya pedulikan lagi angka tersebut. Lagipun apalah sangat dibandingkan blog orang lain yang sudah berjuta-juta paparan halaman mereka kan?

Hari ini 30 Disember 2011, blog zulkbo.com berjaya masuk dalam angka 500 My Alexa yang saya idam-idamkan selama ini. Mengekori rapat rakan blogger yang paling saya hormati Bro Tehr yang setakat hari ini blog beliau sangkut di 501 My Alexa. Saya pasti beliau akan melepasi angka tersebut sedikit masa lagi.

Angka ini, bukan semestinya kekal di situ. Mungkin menjadi lebih baik, atau mungkin terkeluar dari senarai pada bila-bila masa sahaja. Semuanya bergantung pada jumlah kunjungan pembaca ke blog zulkbo.com. Ucapan terima kasih pada semua yang selalu singgah dan membaca di sini. Tanpa anda, siapalah zulkbo.com.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 30, 2011

33 Komen:

  1. hebat dan tahniah .. tapi macamana nak check kita punya !

    BalasPadam
  2. @al-lavendari

    Tuan Hamzah buat carian di Google..cari Alexa..automatik pergi ke blog Alexa..claim dengan masukkan widget Alexa ke blog..kalau nak lagi senang pakai browser mozilla pasang plug in Alexa toolbar..hari-hari boleh nampak di toolbar browser kita

    BalasPadam
  3. @Fendy

    Terima kasih..macam kenal?Tapi tak dapat ke blog anda..link tak sampai Bro :)

    BalasPadam
  4. tahniah2 sifu
    target kome tahun depan
    nak kejor deme hehehe

    BalasPadam
  5. @Anak Ulu Cheka

    Blog Wordpress memang hebat..bukan kejar dah..kejap je aok potong..he he

    BalasPadam
  6. @zulkbo
    payoh weh,blog x konsisten tu yg payah :)
    sebagai rangsangan utk lebih semangat dlm berblogger ni

    BalasPadam
  7. @Anak Ulu Cheka

    Koi percaya..aok dan AUC pasti boleh punya :)

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Tahniah Bro...blog saya dah nak cecah 1000,tapi asyik naik dan turun jer dalam beberapa hari ni.

    BalasPadam
  10. @Azman

    Dah dekat 3 tahun berblogging..saya perhatikan blog Wordpress akan cepat mendapat tempat di Alexa..push hari-hari updated mesti cepat je turun angka tu..tapi saya nak buktikan blog Blogspot pun boleh..contoh terbaik saya blog Bro Ben Asyaari.

    BalasPadam
  11. ah... blog saya masih jutaan, nombornya, hahaha, buka jutaan pengunjungnya :) pasrah

    BalasPadam
  12. salam. tahniah bro zulkbo. Jutaan digit masih di blog Bain. ^_^'

    BalasPadam
  13. sya tumparg rasa gembra.semoag akan terus menaik.amin

    BalasPadam
  14. untungnya ramai org dpt ranking yg terbaik hee kita rasa gmbra jelah heeee

    BalasPadam
  15. Salam Zul tahniah, mmg hebat teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  16. semoga blog bro zul terus sukses sllu.

    BalasPadam
  17. tahniah zukbo ! =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  18. Tahniah.. :D Percapaian hebat tu!

    BalasPadam
  19. salam,
    TAHNIAH diucapkan..
    dulu pernah berada 1000 ke bawah tapi templates punya hal, terus merundum
    rasanya tak terkejar dah..
    update pun dah jarang..

    BalasPadam
  20. salam, tahniah ! hebat tu bro....

    BalasPadam
  21. Tahniah..jom baca ranking top blogger..

    BalasPadam
  22. salam
    tahniah2
    tehramuan bukan je tersangkut, tapi dah berundur pulak - hari ni 505
    haha

    BalasPadam
  23. Ganas2 ... tak sampai setahun dah cecah rangkin tu ... tabik springg lah brooo :)

    BalasPadam
  24. Rasanya benjy nak kejar broo tahun depan ni ... boleh ke yer ? ..

    BalasPadam
  25. Janganlah tinggalkan daku jauh sangat brooo ... mampos nak kejar ni ...

    BalasPadam
  26. tahniah kepada admin zulkbo. semoga terus sukses di masa akan datang :)

    BalasPadam
  27. Tanniahlah kepada bro Zulkbo kerana berada top 500. :-)

    BalasPadam
  28. Assalam..
    Tahniah...nak kejar la, agak2 boleh dapat tak?
    Mana nak dapat kan, en Zul lari semakin jauh..

    BalasPadam
  29. Ranking alexa memang penting walaupun ia tidak tepat. Ini kerana syarikat pengiklanan melihat kepada ranking alexa untuk membuat keputusan. Apa-apa pun tahniah kerana berjaya mencapai bawah 500.

    BalasPadam