Follower Pertama Blog Ku | بارك الله لكما وبارك عليكما



Selamat pengantin baru buat follower pertama di zulkbo blogspot yang akan melangsungkan perkahwinannya pada tanggal 25 haribulan September nanti.Cik Natrah Razali dan pasangannya Encik  Muhammad Wira akan di langsungkan di kampung halamannya di Bera,Pahang.


Cik Natrah yang lebih dikenali sebagai Cik_N di Pahang Community merupakan antara orang yang banyak berjasa dalam melahirkan zulkbo blogspot.Tempat jatuh lagikan di kenang, cinta pertama pasti di rindui hingga ke akhir nyawa.. inikan pula follower pertama di blog kita.Menjadi tanggungjawab saya untuk menghormati beliau dengan mewar-warkan berita gembira beliau.




Kad jemputan di terima di laman Facebook yang menjadi rumah ke-2 beliau selain blognya cik kelisa blogspot yang semakin bersawang..he he..anda semua bolehlah jengok beliau di sana.Jangan lupa jadi follower sekali.Cik Natrah yang saya kenali adalah seorang ustazah,beliau seorang yang baik dan pemalu.Memang sifat seorang wanita muslimah.


Moga Allah memanjangkan jodoh pasangan ini berdua hingga ke syurga.Nasihat dari saya buat Cik Natrah jadilah seorang isteri yang solehah dan setia.Kasihkan suami juga membawa ke syurga,menjaga amanah dan harta suami adalah tanggungjawab seorang  isteri.Jangan lalai,pasti dalam melayari bahtera berumah tangga akan ada badai yang melanda.Bersabar dan tabah,anda pasti di rahmati Allah selalu.



Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Lagu ini saya tujukan khas buat beliau dan pasangan,rasa nak nyanyikan sendiri di hari perkahwinan beliau.Tapi apakan daya suara ku akan menyebabkan hari kenduri mu di limpahi hujan ribut pula nanti..he he..Wasaalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 23, 2010

27 Komen:

  1. Salam. Selamat pengantin baru utk Cik N. Bera dah maju sekrg.

    BalasPadam
  2. saye pun nak ucapkan selamat pengantin baru buat cik N..semoga berbahagia sehingga anak cucu...

    BalasPadam
  3. salam,
    taniah diatas perkahwinan beliau. Moga kekal hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  4. Selamat Pengantin Baru buat cik-N kita..moga bahagia dan kekal ke anak cucu.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Selamat pengantin baru buat bakal puan N

    BalasPadam
  6. Mudah2an nakal pengantin akan berkekalan hingga ujung nyawa..

    BalasPadam
  7. waaa slamat pengantin baru ingat sangkut kat tuan empunya blogger, suspennnn

    bahagia membawa ke syurga

    BalasPadam
  8. Selamat Pengantin Baru buatnye moge bahagia hingge akhir hayat...

    BalasPadam
  9. Tahniah yer....teringat masa mula nak nikah dulu he3..

    BalasPadam
  10. Salam sdra..

    Moga sdra sihat hendaknya...

    Selamat Pengantin Baru buatnya..

    BalasPadam
  11. laaa...jiran koi le tu....semalam ayoh die , kome panggil tok4 leee beriye salam ngan koi ngajak jemput...keknyer ari tu koi kena pegi kenduri umah mok sedara kat jenderak utara ....tak dapat lah gi kenduri umah die tu...

    BalasPadam
  12. @Cikgu Jang ..

    HAAA..tu dia..
    akhirnya,keciknya
    dunia ni kan?

    BalasPadam
  13. selamat pengantin baru untuk mereka, untuk bro zulkbo pula semoga sentiasa sentiasa steady dan selamat :D

    BalasPadam
  14. @etomyam

    Terima kasih saudara..
    jazakallah khair..

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada bakal Pengantin .

    Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak2 soleh dan solehah . Aminnn

    BalasPadam
  16. selamat untuk semua...Amin

    BalasPadam
  17. salam,

    walau seribu batu perjalanan segalanya bermula dari langkah yang pertama jua..

    BalasPadam
  18. salam
    pernah singgah kat blog kelisa
    selamat pengantin baru untuk beliau

    BalasPadam
  19. selamat pengantin baru utk beliau..
    eh? apa salahnya cik zul nyanyi turun hujan rahmat?
    la la la...

    BalasPadam
  20. Selamat pangantin baru kepada beliau..

    BalasPadam
  21. salam...semoga Bera maju di bawah Ismail SAbri dan Selamat pengantin baru utk follower pertama bro zul itu

    BalasPadam
  22. Salam Zul. Selamat pangantin baru juga buat Cik N esok Puan N laa semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  23. Salam Zulkbo.

    Tahniah kepada beliau. Semoga kekal hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  24. selamat pengatin baru :)
    boleh makan nasi minyak nih..huhuh

    BalasPadam
  25. salam abg zul..

    wah tahniah buat kawan abg zul moga ke anak cucu & cicit bole hehehe...

    tahniah.. sekali lagii

    BalasPadam
  26. salam..
    Harinilah Ustazah Natrah kawin.
    Saya doakan dia & suaminya kekal bahagia, gembira hingga ke akhir hayat.. semoga rezeki bertambah-tambah lepas mendirikan rumah tangga..

    abg zul pegi tak majlisnya?

    BalasPadam