Video Penuh Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sukan SEA 21-November-2011



Tiada apa yang lebih sempurna dan membanggakan dalam sesuatu temasya Sukan SEA, daripada merangkul pingat emas acara utamanya iaitu bolasepak sebagai penutup tirai temasya Sukan SEA ke- XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita,  memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia serta berjaya menyatukan rakyat Malaysia untuk mengadap TV sepanjang perlawanan itu hingga ke akhirnya.

Lebih membanggakan, kita berjaya menang dengan mengalahkan pihak tuan rumah Indonesia sendiri, yang juga kepingin untuk mendapatkan pingat yang sama untuk terus berpesta setelah Indonesia di nobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan SEA kali ini sebelum itu.



Video penuh sepakan penalti
Final Bolasepak Sukan SEA 2011
Malaysia vs Indonesia


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 22, 2011

19 Komen:

  1. salam, pasukan bola sepak kita mula menunjukkan taringnya....bakal beraksi di Piala Dunia...InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Ada jg tgk dari utube tadi sepakan penalti ni.
    Pada pendapat saya, keeper malaysia ada sense yang agak bagus untuk meneka arah sepakan penalti lawan.
    apa2 pun tahniah harimau malaya.

    BalasPadam
  3. wah! ada video!! :-)

    team kita semakin hebat, walaupon selalu kena provok..

    BalasPadam
  4. SALAM,
    PERLAWANAN YG CUKUP HEBAT ! TAHNIAH, TAHNIAH !

    BalasPadam
  5. assalam zulkbo

    angin jer semalam. masa nk tengok penalti masa tu lah
    streaming TV1 buffering. sampai kesudah x dapat tengok
    tau2 dah menang

    BalasPadam
  6. Syabas dan tahniah buat pasukan Malaysia!

    BalasPadam
  7. pasukan kita sangat bagus dalam bekerja secara berpasukan.kita kekurangan striker yang betul² tajam je...

    BalasPadam
  8. salam..
    Alhamdulillah akhirnya kemenangan milik kita.. tahniah buat wira2 negara..

    BalasPadam
  9. Puas hati dengan kemenangan skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee. Pemain kita mempunyai mental yang kuat dan semangat juang yang tinggi. :-)

    BalasPadam
  10. salam
    rasanya kalau kalah dengan penalti malam tadi juga dah puas hati
    mereka memang lawan habis
    tahniah

    BalasPadam
  11. saat yang dinanti tiba kita meraih kemenangan dg riang sekli.syukur...

    BalasPadam
  12. agak lama bertahan kita kuat sebenarnya hee..

    BalasPadam
  13. tahniah!!! selepas ini Olimpik kita tawan

    BalasPadam
  14. terima kasih mr zulkbo atas email

    BalasPadam
  15. tahniah, di mana2 org cerita pasal bola...

    BalasPadam
  16. Contoh perjuangan dan semangat 1 Malaysia yg patut dipuji ada didlm team ini. Terbaik dr ladangg...hehehe

    BalasPadam