Malaysia Pemenang Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2011 (Video)


PASUKAN Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA selepas menang ke atas Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada perlawanan akhir acara bolasepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno hari Isnin.

Perlawanan yang penuh mendebarkan dengan Indonesia mendahului dengan jaringan awal Gunawan Dwi Cahyo sebelum pemain Malaysia kembali menyamakan kedudukan melalui tandukan Mohd Asraruddin Putra Omar. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua menyaksikan 2 jaringan gol tidak di kira oleh pengadil,  apabila gol jaringan pemain Indonesia di batalkan kerana off side. Debaran semakin kencang, tidak lama selepas itu,  gol jaringan pemain Malaysia juga tidak di kira kerana off side.

Setelah tambahan masa selama 30 minit perlawanan berakhir dengan kedudukan seri 1-1 dan sepakan penalti sebagai penentu. Khairul Fahmi selaku penjaga gol satu ketika berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti pemain Indonesia.

Dan akhirnya wira negara, kapten pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar melakukan sepakan terakhir Malaysia, tetapi berjaya di tampan penjaga gol Indonesia sebelum bola tersebut muntah ke gawang gol Indonesia untuk gol kemenangan Malaysia.



 Video kemenangan Malaysia



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 22, 2011

11 Komen:

  1. @Anak Ulu Cheka

    Terbaiklah hadiah
    buat negara Malaysia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, akhirnya kemenangan milik kita! Tahniah buat pasukan Harimau Muda. :D

    BalasPadam
  3. @Anif®

    Lupa dah kejayaan acara lain
    bila pingat utama emas ni kita
    menang dengan tuan rumah..satu
    yang membanggakan semua.

    BalasPadam
  4. Jaringan emas Baddrol Bakhtiar mendebarkan.

    BalasPadam
  5. ingatkan tak masuk masa badrol shoot tuh.. lambat sikit , kena kaki.. dan masukkk... tahniah malaysia !!!!

    BalasPadam
  6. @akubiomed

    Rasa macam stadium Bung Karno
    terdiam seketika waktu itu

    BalasPadam
  7. @Zik

    Terbaiklah..
    memang jaringan emas
    walaupun mendebarkan
    semua penonton..he he

    BalasPadam
  8. salam
    tahniah tahniah

    esok nak lawan lagi ni

    BalasPadam
  9. @tehr

    Malaysi Muda vs Syria..
    harapan kita menang lagi
    :)

    BalasPadam
  10. @armouris

    Terima kasih singgah
    dan komen saudara di sini
    :)

    BalasPadam