Malaysia vs Indonesia Final Bolasepak Sukan SEA 21-November-2011 | Live Streaming Online




Yang di tunggu telah tiba, perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011 akan menentukan siapakah yang layak bergelar juara dan membawa pulang pingat emas. Antara dua pasukan Malaysia mahupun Indonesia, pingat perak sudah di dalam genggaman, tapi bukan itu yang di mahukan.

Kekalahan tempohari dalam peringkat kumpulan sudah tentu menghantui pasukan Indonesia, yang pasti mahu menghadiahkan negara mereka pingat emas bolasepak selaku tuan rumah tahun ini. Beraksi di gelanggang dan hadapan penyokong sendiri pasti menaikkan semangat pemain.

Tetapi jangan lupa, Malaysia tampil selaku penyandang pingat emas edisi Sukan SEA yang lalu, tidak akan mudah menyerah kalah. Harimau Malaya akan bergema di Stadium Gelora Bung Karno berhadapan dengan hilaian Sang Garuda.

Siaran secara langsung anda boleh menontonnya di Astro dan TV3. Buat pelayar internet anda juga boleh melayari pautan yang saya sertakan untuk LIVE Streaming sambil merasai debaran Final Bolasepak Sukan SEA 2011, Malaysia vs Indonesia. Selamat menonton. 

MALAYSIA VS INDONESIA 

STADIUM GELORA BUNG KARNO

21-November-2011

8.30 MALAM

 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 21, 2011

4 Komen:

  1. Lame tak datang sini , apa khabar en.zul?? moga kemenangan berpihak kepada kita...go harimau go

    BalasPadam
  2. moga pasukan harimau muda dpt mengekalkan pingat emas.. kasi sentap penyokong indonesia..

    BalasPadam
  3. Lama x ke sini. semoga sht je ye..:)

    BalasPadam
  4. PASUKAN Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas selepas menang ke atas Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada saingan akhir acara bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi.

    BalasPadam