Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011 : 10 Oktober 2011




Biarpun Negeri Sembilan mendominasi permainan dan kerap melakukan serangan berbahaya namun ia tidak cukup berupaya menghasilkan gol malah lebih mengecewakan, mereka tewas tipis 1-0 kepada skuad Felda United.

Dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Petaling Jaya itu, Felda meraih gol tunggal mereka menerusi jaringan K. Rajan pada minit ke-60 selepas menerima hantaran cantik disebelah kiri oleh Farderin Kadir.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan mula meningkatkan usaha dan mempamerkan aksi bertenaga namun sering kali dinafikan barisan pertahan Felda.

Percubaan demi percubaan dilakukan didepan pintu gol Felda yang kerap menyaksikan keadaan kelam kabut berlaku. Negeri Sembilan meraih peluang terbaik pada minit ke-72 apabila bola sentuhan pemainnya hanya dinafikan tiang gol.

Terdahulu di separuh masa pertama, Negeri Sembilan dilihat agak leka dengan membuat hantaran-hantaran ke belakang sekaligus mengeheret mereka ke situasi terdesak. 
Ditambah pula tiada penyudah oleh barisan penyerangnya, skuad yang diketuai oleh Shukor Adan semakin buntu untuk mencari gol. Penjaga gol Felda, Mohd Hamsani yang dipaksa bekerja keras harus dipuji apabila tangkas mempertahankan kubu mereka.

Felda yang turun sebagai pasukan bukan pilihan jarang-jarang melakukan serangan kilat dan turut sering kali mudah membaca oleh barisan pertahanan Negeri Sembilan yang diketuai Norhafiz Zamani Misbah.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA PERTAMA 10/10/2011

SELANGOR [ 3 ] – [ 1 ] PERAK

FELDA UNITED [ 1 ] – [ 0 ] NEGERI SEMBILAN

TERENGGANU [ 3 ] – [ 1 ] KELANTAN

SABAH [ 1 ] – [ 2 ] T-TEAM



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 10, 2011

9 Komen:

  1. Wah semakin panas rebutan Piala Malaysia. Hidup Selangor :-)

    BalasPadam
  2. @akubiomed
    ermm..memang mantop
    team Selangor tu..
    tahniah!

    BalasPadam
  3. tahniah Felda unitd
    Kelantan mencari jalan susah huhuh

    BalasPadam
  4. @Anak Ulu Cheka
    peluang masih tebuka luas
    buat Kelantan..hero selalu gitu
    kena kalah dulu...
    kita jumpa di final..
    he he..

    BalasPadam
  5. http://wanwidget.com/
    tadi saya tgk yang selangor

    BalasPadam
  6. Felda United makin mantap

    BalasPadam
  7. salam...
    sedih sampai tdo pn x lena malam tadi..
    tpi masih ada peluang..
    macam2 leh jadi atas padang ni..

    BalasPadam
  8. Hebat pasukan Terengganu.. Ada harapan mara tu.

    Post terbaharu Saya - Mozilla Firefox 7 - Warning: Unresponsive Script

    BalasPadam
  9. salam
    tahniah buat felda united
    kelantan pula kalah
    huhu

    waau pun masih ada satu peluang
    tapi berat juga tu nak dapatkan 3 gol

    BalasPadam