Herbert Chavez Taksubkan Superman Nasib Baik Bukan Doraemon





Herbert Chavez seorang pemuda dari Filipina menjadi popular apabila beliau melakukan perubahan drastik dalam hidupnya kerana terlalu taksub dengan watak Superman, sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai watak Clark yang di lakonkan oleh Christopher Reeve.

35 tahun, Herbert Chavez yang tinggal di Calamba, Laguna bukan sahaja melakukan pembedahan plastik di wajahnya untuk menyerupai watak pelakon tersebut malah turut melakukan pembedahan di bahagian otot dan peha beliau untuk menambah otot-otot agar kelihatan seperti seorang lelaki gagah.

Terfikir juga, nasib baik beliau taksub dengan watak Superman yang di gilainya dari kecil lagi dengan menyimpan komik-komik Superman serta kerap menonton filem-filem Superman lakonan Christopher Reeve. Bagaimana sekiranya beliau taksub dengan watak Doraemon? Anda bayangkanlah :)

Sumber: Daily Mail



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 09, 2011

11 Komen:

  1. assalam zulkbo

    x boleh nk dibayangkan kalau sudah taksub pada doraemon. mau bulat2 badan orang tu kan ... ha33

    BalasPadam
  2. salam
    ntah macam mana pakar bedah nak buat badan dia penuh dengan benda2 aneka macam doraemon
    huhu

    BalasPadam
  3. nasib x nye tukar buat muka ultraman tak ke haru maru hehehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Kalau dia orang yang beriman, sudah tentu dia bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya..

    BalasPadam
  5. Haru kala jadi Doraemon ni...

    BalasPadam
  6. Superman Jawa...(Orang Jawa ada nama Suparman!) :D

    BalasPadam
  7. salam,
    saya pun sukakan superman tapi ngape saya tak suka dia ni???

    BalasPadam
  8. sanggup buat pembedahan plastik semata-mata kegilaan terhadap superman..haih..donia..donia..mcm2 hal..

    BalasPadam
  9. Aduh, kalau sudah minat tidak boleh kata apa

    BalasPadam
  10. doraemon ok lg..kalau Goofy macamana? :D

    haish...kalau ye pun minat sgt tak perlu lah kot nak ubah ciptaan...mujur cantik

    BalasPadam