Bila Kapalterbang Sangkut Di Roda Ferris





SYDNEY (AFP) - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu.



NOTA : Ermm..mahu tak panik kalau kita menghadapi situasi sebegini, nasib baik tiada yang maut dalam kejadian ini. Tengok muka pemandu dan penumpang dalam kapal terbang tu, dah tahu betapa bersyukurnya mereka kerana tidak maut. Bagaimanalah agaknya kalau kita di situasi sedemikian?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 02, 2011

14 Komen:

  1. naya gini kalau ada yang maut, sah kedua-dua pemandu ni kena pukul dgn mak bapak budak2 situ.

    BalasPadam
  2. ahaks..trauma sape yg naik tu.hehe pe he hal landing kat situ..stylo

    BalasPadam
  3. oh tidak... lepas ni org ramai mesti pk banyak kali sblm naik

    BalasPadam
  4. Ngeri sungguh. Macamana perasaan agak tergantung di roda Ferris

    BalasPadam
  5. Ya Allah... >.< Kalau nak jadi kan

    BalasPadam
  6. Malang tak berbau kata org tu ... siapa pun tak boleh menjangka...

    BalasPadam
  7. http://wanwidget.com
    kuat pula yer roda ferris tu menahan berat kapal terbang tuh

    BalasPadam
  8. malang tak berbau..kentot pun kadangkala tak berbau

    BalasPadam
  9. iks iks iks.. cam ner boleh terlanggar tu kan..

    BalasPadam
  10. salam
    la macam mana la boleh terlanggar
    roda pusing tu kan besar gedabak tu

    BalasPadam
  11. gayatnya.........kalau sy mmg meraung lah..lebih baik tak payah naik terus dpd awal..huhuhu

    BalasPadam
  12. Kalau sangkut kat flayer singapore terus bangrup..

    BalasPadam