Jangan Kedekut Berkira Sangat : Duit Bukan Bawa Mati



 
 
"MAHAL ooo....!" Itulah ayat yang sering keluar dari mulut rakan saya ini.
 

Asal bab duit dia memang terlalu berkira dan setiap "single cents" dia boleh guna kalkulator mengiranya. Anda bayangkan, kerana sikap berkiranya itu beliau mampu menyelesaikan hutang rumahnya dalam masa hanya 5 tahun, walaupun mengikut perjanjian jual beli beliau boleh membayar sehingga 25 tahun.

Tak mahu rugi interest bank katanya, saya akui sikap berjimatnya memang tahap extreme sehingga menjadi kedekut. Beliau kini dalam perkiraan mendapatkan sebuah rumah lagi melalui proses lelongan kerana menurut beliau, beli rumah lelong menguntungkan dan boleh di jadikan salah satu pelaburan jangka panjang.

Kalau sakit demam, rakan saya ini tidak akan ke klinik swasta mendapatkan rawatan doktor mahupun ubatan. Beliau sanggup beratur di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), kerana beliau hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk rawatan dan ubatan berbanding klinik swasta yang mahal. Kalau demam biasa, beliau telan panadol opis saja.

Isteri beliau tidak bekerja, dan memandu sebuah kereta Perodua Kancil untuk membawa anak ke sekolah. Beliau sendiri berbangga ke tempat kerja dengan hanya bermotosikal Honda Cup. Buat apa nak berkereta mahal, sama je sampai katanya. Lagi pun bermotor dan berkereta Kancil minyak jimat! walau hakikat beliau mampu berkereta lebih besar dan  lebih selamat.

Bab makan, jangan mimpi nak merasa beliau belanja, kalau dia nak belanja pun hanya pisang emas sesikat yang beliau beli di tepi jalan berharga RM 2  sesikat, MURAH ooo...!! Nada beliau gembira bila dapat belanja orang makan. Adehh...nak buat macam mana, dah ini style dia. Kalau orang tak jeling pisang tu, dia sendiri lahap sampai licin.

Selalu beliau mengeluh apabila anak dan isterinya suka sangat makan makanan Jepun sushi, yang beliau beli ketika discount 50% di pasaraya. Kalau boleh beliau nak dapatkan yang discount 90%. Jangan mimpi nak nampak beliau makan Nando's Chicken, beliau sanggup bawa bungkus bekal tempat kerja dari kedai Indon di Ampang.

Gadget terkini contoh telefon bimbit? Jika kita semua tak mahu ketinggalan mengguna dan menikmati perkembangan teknologi contoh I Phone 4, rakan saya setia menggunakan telefon bimbit Nokia model 1998. Pernah di tegur seseorang Mat Salih dari luar negara, "where can I get that model phone?". Dia hanya ketawa tanpa faham sedang di sindir Mat Salih tu.

Itulah rakan saya kalau saya nak list senarai kedekut tahap extreme beliau, anda semua boleh jadi mual. Saya pernah nasihat beliau, mati ni tak kira masa, tengah ketawa pun boleh mati. Ada duit jangan kedekut nak "spend" untuk diri sendiri mahupun keluarga, sebab kalau mati besok atau lusa, duit bukan boleh bawa ke  lubang kubur.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 23, 2011

33 Komen:

  1. salam en.zul...
    semoga ceria2 hari ni ye...

    hurm...
    susah la klu mcm tu....
    lg2 klu suami yg kedekut dgn anak bini sendiri..
    lg parah...klu xmampu tu lain cerita kan??

    BalasPadam
  2. salam..
    dari 25 tahun blh setel dalam 5 tahun je.. mmg hebat gak tahap kedekut tu.. hehee..

    BalasPadam
  3. Kedekut tu kawan setan jugak kata dek org :)

    BalasPadam
  4. Kedekut bertempat tak apa la, tp jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan anak². Nanti diri sendiri yang susah (",)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  5. tapi peliknya kadang2 tu en zul, bila bab dia minat habis terlupa pantang larang dan kedekutnya.
    katakan dia peminat ayam serama, sanggup habis berpuluh ribu ringgit kerana hobinya tu...

    BalasPadam
  6. As salam...

    Agak melampau kedekutnya tu..
    Asalkan dia x kedekut bab2 agama dah la..
    Takut nk antor anak p blajar ngaji pun berkira gak..haruuu...huhuhu

    BalasPadam
  7. Rasanya rakan saudara tu punyai hobi yang dipanggil "berjimat" :D

    BalasPadam
  8. hahahaha...manusia jenis ni memang ramai dan selalunya golongan yang kaya yang terkene penyakit "kedekutsm"atau mungkin "kedekutholic"kira dah tahap tegar.Mungkin boleh singgah di blog aku untuk ulasan lintas langsung tentang sifat kedekut ni http://abadiromeo.blogspot.com/2011/09/kurasakan-somethingohhtaik-hidungmu-yg.html

    BalasPadam
  9. ni memang kedekut tahap extreme bagus lah sampai boleh bayar hutang rumah ..tp bab nak makan pun kedekut tu dah memang tak bagus lah kecik hati anak bini..

    BalasPadam
  10. ish ish..ada plak mcm tu ye..mcm saya, saya berpendirian sedang ada, biarlah merasa..janji tidak smpai papa kedana sudahlah.. esok sendiri rugi tak merasa itu ini bila dh tua/sakit dsb...lain org lain cara,kan?

    BalasPadam
  11. rumah lelong memang berbaloi, kalo takat koner lot tu 60-70 ribu senang2 bleh dapat, kalo jnis town house lagi la murah

    BalasPadam
  12. hebatttt! jimattttt!

    tapi jangan sampai nak sedekah pon berkira. terukkkkk!!!

    memang kompom duit tu tak bule dibawa mati tapi kena tukar dengan pahala (money changer bila bertukar negara dunia dengan negara akhirat)

    BalasPadam
  13. kedekut tahap mangkuk hayun
    kita mati nanti bawak amal je
    hisss macam-macam

    BalasPadam
  14. Salam bro Zul..

    Bagus dia berjimat..tp sekali sekala kasilah anak bini makan yang sedap2 sket..huhuu..

    BalasPadam
  15. perghhh...settle rumah dlm masa 5 tahun??

    mmg marbeles tue...huhuhuu

    tp syg..klu dia rajin bersedekah kpd ahli keluarganya...ntah2 3 tahun dah settle

    BalasPadam
  16. Kekekek ada lagi orang yang lebih kedekut dari tu yang saya jumpa sehinggakan dia kata kalau dia mati tiada siapa boleh ambil duit dia dalam bank termasuk anak isteri dia sebab duit tu dia punya. harta-harta lain mcm tanah, rumah boleh la anak isteri dia ambil.

    BalasPadam
  17. Dalam apa hal pun biarlah bersederhana... kedekut sangat pun jangan boros sangat pun jangan

    BalasPadam
  18. Kaloh Yassin dalam cerite Tangkai Jering tu....

    BalasPadam
  19. Kronik dah nie..

    Harap harap dia tak kedekut untuk pergi Umrah atau Haji

    BalasPadam
  20. Assalam..
    Nasib la kalau dapat laki macam tu..duit bukan segalanya,kita tak boleh pun nak beli kesihatan dan kebahagiaan..

    BalasPadam
  21. Ni pelapis haji baqil la nie...apa daaaa..

    BalasPadam
  22. salam,
    entah lah en. zul..
    perkara ni susah nak cerita..
    saya pun ada kawan macam ni..
    lagi bagus..
    rumah cash.. kereta cash.. gara2 sikap berjimat cermat dia..
    dia kata.. dia bukan kedekut..
    dia seorang yang kerja.. klo dia tak macam ni.. siapa nak bantu? dia takda sesiapa. Anak pun anak angkat jer. Klo anak angkat tinggalkan dia?
    Anak angkat pun takda sape2.. apa nak tinggalkan untuk anak itu pula. Dan macam2 lagilah kalau nak cerita.
    Saya rasa.. orang begini bertindak drp pengalaman. Pengalaman yg menjadikan mereka sedemikian..

    Kisah benar - Harimau jadian ini makan buah dan tumbuhan jadi tak perlu terlampau takut walau kadangkala makan daging juga | Semekar Kasih

    BalasPadam
  23. salam.. jangan terlampau kedekut sangat lagi2 bab2 kebajikan kita sendiri.. duit bukan boleh bawa mati pun.. cuma berbelanjala dengan efisien, kalau benda yang perlu tu, jangan la terlalu berkira...

    BalasPadam
  24. mak limah sayang23 September, 2011

    Pak Mat ada wawasan "setengah juta"
    Dia akan berjimat hingga dia dapat setengah juta.
    Dari muda dia berjimat...makan hanya untuk hidup...makan nasi dgn ikan masin dan sambal blacan.

    Umur 50 tahun dia ada Rm450,00...dia gumbira..tak lama lagi dia akan joli apabila sampai setengah juta.

    Umur 51 dia kena strok...darah tinggi,sakit jantug,sakit buah pinggang,kencing manis.

    tak boleh makan daging,aiskrim,belacan,ikan kering,nasi dan macam macam lagi.

    BalasPadam
  25. salam
    saya pernah ada kawan macam ni
    sanggup pinjam rm10 sedang dia ada rm50
    tak nak pecahkan duit tu
    cepat habis, katanya

    BalasPadam
  26. payah kedekut tak bertempat..cam na rzki nak lebih Tuhan nak bgi huuu

    BalasPadam
  27. klu begini mmg org di seliling tgok dia pun meluat..hdup tu senag tka susah mana sb dia ada kereta ada motor..klu sush tu lain cter ..pelik2...

    BalasPadam
  28. dah kalau pinjam duit x bayar2, pastu nak pinjam lagi, pastu pinjam... hmm.. camne la nk kawal sifat kedekut tu,, org x bagi, ckp kite kedekut..
    stakat nie, aku sabar j la..

    hai kedekut, nyah kau dari sini.. semoga diorg yg mminjam tu faham la..

    BalasPadam
  29. Sebenarnya kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk perkhidmatan kesihatan terutama ubat yang dibeli adalah mahal dan jangan sangka dengan bayaran RM1 kita dapat ubat murah. Hospital Swasta kalau ada pesakit yang mereka tidak boleh handle akan tolak dihospital kerajaan juga.

    Bagi saya ada orang kelihatan zahirnya kedekut tetapi ia adalah permurah memberi sedekah cuma tidak menunjuk.

    BalasPadam
  30. bgus la tunntandanya ingin maju,,
    tak ada salahnya kedekut,,yang penting tidak nyusaein orang lain,,tidak kacau urang lain, suatu waktu,dia pasti bsa tlong orng lain yang btul2 susah,
    dri pda boros,,blnja kwan2 ,,happy,,tp belum cukup bulan,duit dah habis,,mintak sana sini,,kacau kwan sendiri,
    jangan urus orang lain,,klu dia tak kacau kita

    BalasPadam
  31. sekurang2nya dia kedekut dia mampu bayar rumah dalam masa 5tahun dan boleh cari rumah kedua...orang lain boleh kah buat macam tu...

    BalasPadam
  32. Pendapat saya...kawan anda ini BUKAN kedekut...

    BalasPadam