Kematian Pasti Buat Yang Bernyawa



KEMATIAN...Satu perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri belum bersedia untuk menghadapinya. Meninggalkan harta benda yang melimpah ruah,isteri yang cantik,anak-anak yang comel serta rakan taulan yang di sayangi.Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan mati,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun ketika umur masih muda. Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri , anak-anak , ibu,ayah,adik -beradik , sepupu , jiran , rakan taulan mahupun lawan.


Renungi firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185;“Tiap-tiap diri akan merasai mati.”Ini bermakna, tiada seorang pun dapat melarikan diri dari kematian.Sering kita menerima perkhabaran tentang kematian seseorang, kita menganggap seolah-olah kematian itu hanya untuk orang lain. Tidak ditujukan untuk kita?  Ini tidak lain kerana kita terleka dengan kesenangan dunia.Tapi bagaimanapun tanggapan kita, mampukah kita mengelak dari kematian? Pada hakikatnya kita perlu sentiasa sedar, mati akan datang pada bila-bila masa, secara tiba-tiba. Dari itu marilah kita bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari sebarang dosa.


Rasulullah SAW sendiri menyifatkan bahawa orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati. Lalu dia segera mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu. Dengan itu kita akam beroleh banyak manfaat dan menyediakan diri kita sebagai muslim yang suci dari segala noda dan dosa;
1. Menimbulkan rasa kecintaan dan redha terhadap segala ketentuan Allah.
2. Dapat membebaskan diri kita dari berhutang tanggungjawab yang telah Allah perintahkan[solat,puasa zakat dsb.]
3. Hati kita sentiasa merasa aman dan sejahtera. Serta dalam keadaan berbaik sangka dan ikhlas terhadap saudara muslim yang lain.
4. Kita mampu menepis godaan syaitan untuk melakukan maksiat kerana mengingati mati akan datang bila-bila masa dan secara tiba-tiba.
5. Meletakkan diri kita di jalan yang lurus lagi benar dan diredhai Allah

Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam.

                                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Telah kembalinya ke rahmatullah anak saudaraku Mohd Shafiq Bin Mohd Nor petang semalam setelah 42 hari berjuang dalam koma.Jenazah telah selamat di kebumikan sebelum tengahari hari ini.Terima kasih buat rakan-rakan blogger sekalian yang sudi mendoakan beliau sebelum ini [entri terdahulu].Semoga Allah merahmati roh beliau dan di tempatkan di sisi orang yang beriman dan soleh..Al-Fatihah..



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 04, 2010

36 Komen:

  1. Salam
    Innalillah...
    Al Fatihah..(saya pernah baca kisah ini dulu)mudah2an rohnya di tempatkan di sisi org2 yg beriman...

    mati pasti datang..hanya bila dan ketikanya hanya Allah yg tahu..malaikat maut memandang wajah kita 70 kali sehari...berdoalah muga hidup dan mati kita dalam iman..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Al-fatihah untuk anak sedara...

    BalasPadam
  3. Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...sy sndri kehilangan 2 org sahabat (1 kelas) dlm 3 arini ini...sesungguhnya janji mereka dgn Allah telah sampai. Kita y hidup harus redha dgn ketentuannya..

    BalasPadam
  4. salam
    Al-Fatihah..
    salam takziah

    BalasPadam
  5. salam encik zul..

    innalillahiwainnailaihirojiun..
    al-fatihah buat anak sedara encik zul.. semoga rohnya di cucuri rahmat.. aminn..

    BalasPadam
  6. Salam takziah juga drp saya dan alfatihah buat Allahyaram. Semoga rohnya ditempat bersama org2 yang mendapat keampuananNYA jua AMIN.

    BalasPadam
  7. Salam....

    Innalillah....
    Al-Fatihah......
    Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalagan org2 yg soleh....Aminnnn...

    BalasPadam
  8. Mati itu pasti ..

    Al-Fatihah ..
    kepada ibunya ( Noraini ),
    tabah dan sabar menerima dugaan ini
    berat mata memandang, berat lagi
    bahu yang memikul .

    BalasPadam
  9. al-fatihah,
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    BalasPadam
  10. innalillah... takziah


    manusia sokmo lupa pada mati tapi mati dekat sanat dengan kita... tiap-tiap hari malaikat maut ngintai kita

    BalasPadam
  11. takziah diucapkan... :-(

    BalasPadam
  12. Alfatihah, tuhan lebih menyayanginya

    BalasPadam
  13. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uunn.. takziah buat bro zul dan keluarga

    BalasPadam
  14. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...

    BalasPadam
  15. Takziah bro.. semoga rohnya ditempatkan diantara golongan beriman..amin..

    BalasPadam
  16. salam takziah buat keluarga arwah..Allah lebih menyayangi dia..Al-Fatihah

    BalasPadam
  17. cantiklah picsampai tuh

    BalasPadam
  18. alfatihah.
    lamanya dia koma

    BalasPadam
  19. al fatihah..........

    BalasPadam
  20. Salam sdra..

    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

    Moga Allah himpunkan dia dalam golongan orang-orang yang soleh..

    BalasPadam
  21. salam akhi Zul...

    al faatihah buat arwah Mohd Syafiq dan salam takziah buat keluarganya....

    bila sebut bab kematian ,terus terlintas adik ummi yg baru meninggal .. terkenangkan bila pula kakaknya pula akan menyusul ???? dah cukup ker bekal amal ????

    BalasPadam
  22. Innalillah...

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atasNya

    BalasPadam
  23. al fatihah
    moga arwah tenang disana

    BalasPadam
  24. al-fatihah...
    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum,
    Al fatihah buat anak saudara En Zul, Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Amin.

    Harap keluarga bersabar, Allah lebih sayangkan dia......

    Bagus entry ini, terasa benar kesedaran menyelinap dalam diri betapa diri ini belum cukup membuat persiapan untuk menuju dunia yang kekal..Terima Kasih En Zul...

    BalasPadam
  26. salam zul,
    Al-Ftihah kepada anak saudara zul. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  27. salam tuan,
    salam takziah dari kami sekeluarga...
    semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama insan beriman dan beramal soleh...

    amin ya ALLAH...

    BalasPadam
  28. salam,

    takziah untuk anda sekeluarga dan moga roh allahyarham ditempatkan disisi orang yang beriman..

    BalasPadam
  29. al-fatihah ..innalillah moga ditempatkan gologan beriman

    "Mel Pawaka19 Menjadi Pengacara Agrotek RTM"

    BalasPadam
  30. salam Zulkbo,

    takziah buatmu sekeluarga, semoga tabah dan redha atas ketentuanNya, dan moga roh allahyarham ditempatkan disisi orang yang beriman..

    Terima kasih dtg blog kak.

    BalasPadam
  31. semoga akan ditempatkan berada dengan org2 yg beriman.. amin

    BalasPadam
  32. Salam Takziah,

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al fatihah.

    BalasPadam
  33. al fatihah

    salam takziah saudara.....

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA