Akta Kebajikan Haiwan Di Malaysia




Seseorang yang didapati mendera haiwan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga enam bulan di bawah Akta Kebajikan Haiwan yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin hari ini.

Beliau berkata, rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, yang memperuntukkan kesemua haiwan, termasuk ikan, serangga dan monyet yang dipelihara dianggap didera jika tidak diberi makan."Kita tak bagi makan anjing kita, kita terlupa, itu penderaan. Sebab kita kurung dan dia tidak ada jalan untuk cari makan.

"Jadi kita dalam proses untuk bagi definisi supaya orang sedar bahawa penderaan haiwan ini boleh jadi (berlaku) secara sedar atau tidak," katanya kepada pemberita di sini. Abd. Aziz berkata, melalui akta itu juga, semua premis yang menempatkan haiwan mesti berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengusaha juga perlu berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia.

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan setiap tiga atau empat bulan terhadap premis-premis tersebut bagi memastikan ia diselenggara dengan betul serta caj-caj yang dikenakan adalah berpatutan. Abd. Aziz berkata, peruntukan perundangan itu tidak saja terpakai kepada pengusaha premis yang menempatkan haiwan, tetapi juga individu yang memelihara haiwan.(BERNAMA)

NOTA: Khabarnya, akta ini nanti juga meliputi untuk mereka yang memelihara ikan peliharaan dan  haiwan kecil yang lain termasuk hamster dan sebagainya. Elok sangat lah kerajaan akan menguatkuasakan akta ini nanti. Jadi buat para pemelihara haiwan peliharaan, sayangilah haiwan peliharaan anda sebaiknya. Nanti tak pasal masuk jel pula kalau tak bagi haiwan peliharaan anda makan ye? Terfikir juga, ayam kampung yang hidup di kampung dan hidup tidak bereban bagaimana pula ye?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 06, 2011

18 Komen:

  1. Nak bercuti hari raya tempohari
    ikan-ikan peliharaan saya saya
    bekalkan dengan "holiday food"
    bekalan untuk 10 hari..anda pernah
    dengar tak..?Kalau tak pernah baik
    jangan bela ikan lepas nih..tak pasei!

    BalasPadam
  2. kat kampung ada gak haiwan peliharaan.. itik, serati, dan ayam kampung.. kadang2 terlebih makan semuanya sbb tuan mereka iaitu ayah seorang yg prihatin kepada peliharaannya.. :)

    BalasPadam
  3. Nice sharing en.zul , so buat masa nie binatang perliharaan kami masih di jaga dan di beri makan yang cukup...

    BalasPadam
  4. elok sgt dikuatkuasakan akta ini
    byk yg nak bela binatang tapi x beri makan

    BalasPadam
  5. Bab binatang peliharaan yang paling byk terbiar dan dibuang orang adalah kucing. Munkin lepas mereka boleh diambil tindakan... tidak sewenang-wenang membuang kucing merata.

    BalasPadam
  6. ikut Islam, dh lama praktik.
    ianya dikenali sbg bersikap ehsan.
    antara ciri2 utama seorang muslim.

    BalasPadam
  7. Yang dah pasti kalu ternak nyamuk aides kena denda........ takleh bagi belas ehsan... huk3

    BalasPadam
  8. abeh la mak Gua, ayam kampong die tido ats pokok je

    BalasPadam
  9. assalamualaikum abg zul...

    semoga nasib haiwan kan terbela dengan pengenalan akta ini...KP veterinar tue bagus orgnya...:-)

    BalasPadam
  10. Dulu saya ada bela ikan hiasan, setiap kali cuti panjang saya akan mengunakan auto food feeder tapi tidak sama dengan tangan sendiri yang memberi makan. Lepas balik dari kampung ikan bermasalah sejak dari peristiwa itu saya tidak lagi membela haiwan kerana saya belum cukup untuk menjadi tuan yang baik.

    Tuan yang membela haiwan kadang-kadang kurang prihatin dengan jiran tetangga kerana bau najis hingga ke rumah jiran sebelah yang heran pandai pula haiwan tersebut memilih port melepaskan hajat di rumah jiran tetangga. Ada yang brutal lepaskan najis dan muntah didalam rumah jiran. Kalau tegur nanti kata anti haiwan pula :-(

    BalasPadam
  11. elok juga penguatkuasaan akta ni... tapi masih tak best kalau haiwan peliharaan yang selalu dilepaskan terutamaya anjing.. aduhai... rasanya ketatkan lagi akta ini... akta menganiaya jiran.. huhuhuhu sekadar pendapat..

    BalasPadam
  12. Kalaulah menyembelih termasuk dlm kategori mendera binatang..... Mesti kita tak boleh mkn byk jenis haiwan :D

    BalasPadam
  13. http://wanwidget.com/
    ni mesti pasal kes kucing tu kan

    BalasPadam
  14. binatang pun makhluk Allah juga. jadi kena la jaga dengan elok². (",)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  15. Satu persoalan, larat ke jab haiwan nak pantau setiap rumah yang ada bela haiwan... tapi yang lebih penting kalau dah minat nak bela haiwan peliharaan, jagalah elok2, bagi makan cukup?, & jangan lupa setiap haiwan peliharaan mesti disertakan dengan pasangannya....kalau tak berdosa!

    BalasPadam
  16. Dulu suka baling kura kura atas jalan..

    BalasPadam
  17. jika manusia memopunyai akal yang waras akta ini sepatutnya tdk perlu tttp sebaliknya berlaku :)

    Tetapkan Sasaran Bounce Rate

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog