Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1432 Hijrah




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya ianya berlaku secara berperingkat-peringkat dan menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.

NOTA : Selamat bercuti kepada rakan yang mendapat cuti pada hari tersebut. Gunakanlah hari cuti anda dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menghayatinya. Semoga di berkati Allah selalu bersempena bulan Ramadan penuh barakah ini.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 16, 2011

10 Komen:

  1. salam nuzul Quran...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama16 Ogos, 2011

    Semoga Alquran menjadi teman setia kita di dunia dan akhirat apabila kita mengingatinya selalu.

    BalasPadam
  3. semoga tak lari dari jalan-Nya.amin...

    BalasPadam
  4. Salam nuzul AL Quran...
    Semoga sentiasa menjadi panduan..

    p/s: bila bro lulus innity?

    BalasPadam
  5. @sop

    Bersamalah kita mendapat keberkatan darinya dan selamat jua buat anda Bro.


    **INNITY,Alhamdulillah..dah hampir 3 minggu, rezeki bulan puasa tahun nih.
    :)

    BalasPadam
  6. salam bro..
    lama tak singgah sini.. minta maaf ye.. :)
    info yang berguna..btw semoga kita dapat memaksimakan ibadah kita dan mendapat keberkatan dariNya..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama17 Ogos, 2011

    ada yang masih tanya semalam, "esok cuti apa?".dunia dunia..

    selamat beribadat =)

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum Zul

    Semoga kita dapat mendidik jiwa mengikut apa yang disarankan dalam al-Quran...

    BalasPadam
  9. tarikh yang sma berlakunya perang Badar al-Qubra - tanda kemenagan buat seluruh umat mukmin

    BalasPadam
  10. selamat bercuti,selamat berpuasa....

    BalasPadam