Gambar MS Oasis of the Seas : Kapal Penumpang Terbesar Di Dunia



MS Oasis of the Seas ialah kapal persiaran milik Royal Caribbean International yang menggantikan kapal persiaran Freedom-class sebagai kapal penumpang terbesar di dunia. Kapal ini dibina oleh STX Europe, Turku, Finland dengan kos sebanyak USD$1.4 bilion. Panjang keseluruhannya ialah 360 meter dan setinggi 72 meter di atas paras laut (dengan 16 dek penumpang).

Kapal ini disiapkan pada 28 Oktober 2009. Dua hari kemudian, ia bertolak dari Finland ke pelabuhan utamanya, Port Everglades di Fort Lauderdale, Florida, United States. Ketika di Lautan Baltik, kapal ini melalui bawah jambatan Great Belt Fixed Link di Denmark dengan jarak kurang 2 kaki sahaja. Kapal ini mengandungi 2,700 kabin dan boleh memuatkan sehingga 6,300 penumpang dan 2,100 krew.

Antara yang ditawarkan ialah suite ‘loft’ dua tingkat dan suite mewah seluas 1,600 kaki persegi dengan balkoni yang menghadap laut. Ia turut mempunyai amphiteater luar yang boleh memuatkan 750 orang (yang juga digunakan sebagai kolam renang), padang golf mini, empat kolam renang, gelanggang bola tampar dan bola keranjang, surf on board simulators serta taman tema untuk golongan muda.









NOTA : Ermm, teringin pula hendak belayar menaiki kapal ini satu hari nanti, itu pun kalau di murahkan rezeki. Walaupun saya sebenarnya agak kurang selesa sedikit kalau berada di dalam laut kerana mabuk lauk, tetapi apabila melihat kapal sebesar ini tiba-tiba hilang pula rasa mabuk laut itu. Apa kata anda yang pernah belayar menaiki kapal cruise belayar di lautan? Tentu menyeronokkan kan? Berbaloi tak rasanya?


Sumber: AP & Reuters




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 16, 2011

16 Komen:

  1. salam en.zul...
    sahur ape pg td?
    semoga sihat2 selalu...

    sy pon tringin nak menaiki kapal mcm ni...
    nak merasa lah juga...tp buat ms ni xmampu lg..hehehhe

    BalasPadam
  2. Kapal sebesar ini umpama bangunan bergerak :)

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Zul

    Teringin juga nak rasa naik cruise tapi belum lagi tertunai hajat... entah bila lah boleh!

    BalasPadam
  4. salam,
    kalau naik kapal tak rasa sangat ombak tu sebab kapal tu besar. Jadi takda mabuk2 laut.

    Tumpang lalu yer.. nak masuk kelas ni..
    :D

    BalasPadam
  5. salam rodong. camna la kan besi berat gini boleh terapung :)
    ps: dgr kabo ada rakyat malaysia beli kapal mewah harga lebih drp juta! betul ke? ce siasat.. :)

    BalasPadam
  6. as'salammualaikum en.zul..

    Amy walau sehebat dan secantik mane pun kapal tue amy x akan naik, amy takut dengan air sejak peristiwa lemas dulu jadi fobia sampai sekarang..

    BalasPadam
  7. adoiii...!boleh tumpang...lama tak blogwalking ni..internet slow macam siput..banyak blog x leh nak buka..huhuhu

    BalasPadam
  8. Salam Zul, tak nak dpt nak bayang macam punya besor kapal nie.

    BalasPadam
  9. sy ingat band oasis td..sy minat band oasis tp dah pecah la plak band nie huhuhhhh

    BalasPadam
  10. Assalam.
    Saya pun teringin juga nak naik.dah plan 2 tahun lepas lagi tapi bukan dalam masa trdekat la,tunggu kaya nanti..hehe..entah bila..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt. Bro Zul…

    Agak-agak kena tsunami boleh tergolek tak... ;)

    BalasPadam
  12. salam
    memang dah macam bangunan bergerak ni
    tapi, tu la... saya pun sama gak mabuk laut
    hehe

    BalasPadam
  13. seronoknya kalo dpt tiket percuma naik kapal ni utk berbulan madu...lalala :D

    BalasPadam
  14. Harap2 tragedi titanic
    xberulang lg,,

    BalasPadam
  15. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog