Gambar Mohd Raffie Abdul Latif Yang Di Simbah Asid


Mengikut undang-undang, mana-mana kes melibatkan serangan atau mencederakan mana-mana individu disiasat dan boleh dituduh di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hukuman tersebut tidaklah setimpal dengan kecederaan serius dan penderitaan serta trauma yang ditanggung oleh mangsa. Mangsa terbaru yang berumur 20-an dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya telah disimbah asid pada 8 Ogos lepas oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya semasa sedang berada di dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki. Motif apakah sebenarnya lelaki yang menyimbah asid ini?



GAMBAR: Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (kanan) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Kuala Lumpur, semalam. Raffie telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lepas. — Gambar Bernama


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 18, 2011

10 Komen:

  1. huhu...kesiannya.kejamnya yg menyimbah tu

    BalasPadam
  2. kena buat hukum qisas
    simbah asid balas simbah asid jugak

    BalasPadam
  3. apalah masalah orang-orang yang suka menyimbah ni?

    asid senang nak dapat di luar ke ya?

    BalasPadam
  4. Betul-betul menganiaya orang. Zalim da pengacut sungguh pelakunya...

    BalasPadam
  5. Salam.
    kesian kat dia tak pasal2 kena simbah asid. tapi betul ke gambar penyuimbah asid tu? dulu kata lelaki India?

    BalasPadam
  6. ya Allah...kesiannye... harap dia tabah... jahatnye lelaki jahanam tu!!!!

    BalasPadam
  7. kesian nye....masyaAllah

    BalasPadam
  8. salam
    apa yang boleh dikatakan ialah KEJAM
    saya harap mohd raffie banyak bersabar

    berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    BalasPadam
  9. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama25 Mac, 2012

    Tiada kata selain daripada ucapan Terima Kasih daripada Saya Mohd Raffie Bin Abdul Latiff kepada semua Rakyat Malaysia kerana telah mendoakan kesejahteraan Saya.

    BalasPadam