Gambar Kereta F1 Mr Bean Berharga 1 Juta Kemalangan





LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP

NOTA: Mr Bean ( Rowan Atkinson) yang kita kenali dalam siri popular Mr Bean,  menggunakan kereta mini berwarna kuning yang memang kelihatan begitu lucu dan sinis apabila beliau memandunya. Realitinya beliau adalah seorang jutawan di dunia nyata, dengan kehidupan yang mewah dan mampu memandu kereta jenis F1 yang bernilai melebihi $ 1 juta (US Dollar). Apapun beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil sahaja.

GAMBAR: The Guardian UK



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 06, 2011

15 Komen:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat servis kereta

    mesti dia cuba buat lawak dalam kereta mahal dia tu sampai terbabas.... jutawan samapi mampu beli kereta mahal tuuuu

    BalasPadam
  2. salam
    payah budak2 nak percaya mr bean ada kereta f1 1 juta ni
    mereka hnya tahu kereta kuning tu je
    hehe

    BalasPadam
  3. wow! terbeliak mata tgk harga kete tu...
    kaya mr.bean ni erk...hehehhe

    -salam en.zul....sahur ape pg td?? semoga sihat n ceria di hujung minggu...

    BalasPadam
  4. Cm selalu terbayangkan mr.bean dialam nyata pun seperti dalam watak mr bean tu hehe..takut nk dekati sb siapa yang rapat dgn dia haru jadinya:)

    BalasPadam
  5. sayang nyer keter mahal rosak...
    tapi nyawa lagi penting kan...

    BalasPadam
  6. dah jadik besi buruk!

    BalasPadam
  7. Salam Zul, Kereta mehel kena bawak laju dok gitu? :)tak del kereta tu ada insuran... nyawa tak delah :)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama06 Ogos, 2011

    Assalam...tuulaa, realitinya beliau kaya raya dgn royalti drama n film ditayangkan seluruh dunia...

    BalasPadam
  9. sapa kata pelawak tak boleh jd jutawan kans... :)

    BalasPadam
  10. Beliau mmg jutawan..ade phD lagi tu...

    Dah dua hari dtg sini,tp smlm lgsung xleh komen..
    bila klik komen xde kuar ape2...nape ekh?

    BalasPadam
  11. As salam bang, nampak je mr bean ni bodoh2 alang dalam tv rupanya kat luar educated dan kaya raya..=)

    BalasPadam
  12. rain tgk lawak mr bean dgn muka tak ada perasaan..
    kreatif, tapi tak leh nk gelak.

    BalasPadam
  13. betul kata si yun,
    kita gelakkan dia buat lawak bodoh tapi dia ada PHD dan mengajar di universiti.

    org ada otak gunakan seni utk buat duit!
    orang kita jadikan seni alasan utk tumpulkan otak!

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama12 Ogos, 2011

    Ciss, aku sudah kena tipu, selama ini ingat dia pakai morris minor warna kuning tu je. Boikot, tak nak tengok citer mr.bean dah.

    BalasPadam