Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya Di Jengka Pahang




Salam semua, bila terbaca di blog rakan blogger yang lain berkisah tentang Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya , hati ini terus terasa ingin berkongsi pengalaman berhari raya sewaktu remaja dahulu. Zaman sekolah menengah lah yang paling di rindui kerana zaman itu jiwa bergelora kata orang...he he.

Di tingkatan 5 sekitar 1988, zaman ini memang terkenal dengan zaman "Rock Kapak" nya. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semuanya nak Rock. Anda bayangkan dengan berseluar ketat berwarna merah lagi tu, asalkan rock ala Amy Search bagai..he he.

Aktiviti selepas sembahyang sunat Aidilfitri sudah tentu menziarah ke rumah rakan perempuan sekolah yang  menjadi perhatian. Selalunya aktiviti ini di lakukan secara berkumpulan kerana nama je Rock Kapak, hati kecik je. Takut juga jumpa dengan mak ayah rakan perempuan sekolah itu.

Kira gentleman la kalau dapat jumpa dan sembang dengan bakal "bapak mertua"  kononnya, la la la..(kecik-kecik dah pandai) Dan kenangan paling tidak di lupakan bila berkunjung ke rumah seorang rakan perempuan bernama "F" di Jengka 5 dan secara kebetulan bertembung dengan ayah beliau.

Dah sampai dekat sejam minum air, yang di tunggu tak muncul-muncul, dari air hingga ke kueh raya, bapanya yang hidangkan. Tak sporting betul Pak Cik nih..alahai! Dalam gabra dan berpeluh dingin tu, keluarlah satu ayat yang takkan saya lupa sampai bila-bila.

"TAK PAYAH SUSAH-SUSAH LAH PAK CIK". Anda tahu apa jawab Pak Cik tu dalam loghat Pulau Pinang yang pekat? "SUSAH APA NYA, MAI HARI RAYA KENA LA JAMU" Adeh..ayat yang mematikan segala kegentleman sehingga memaksa saya dan rakan-rakan cepat je minta diri beredar.

Kenangan lama yang bila di kenang, terasa tersangatlah rindunya saat-saat itu. Kini semuanya sudah berkeluarga dan khabarnya rakan sekelas perempuan tersebut pun sudah menjadi seorang guru hidup berbahagia dengan pasangannya. Alhamdulillah, apa yang tinggal kenangan abadi dalam sanubari.

 
NOTA: Buat pembaca yang pernah bersama dengan saya semasa sekolah menengah dahulu pasti boleh meneka siapa orangnya kan? Tidak pernah saya kisahkan kisah ini dahulu dan mungkin ada yang tak tahu :) Wassalam. 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Ogos 21, 2011

19 Komen:

  1. Salam Zul, Cinta pandang pertama tu mahal sangat harganya Zul. Selamat hari raya :)

    BalasPadam
  2. salam..hehe..salah ayat tu..malu2! :D

    BalasPadam
  3. Alah bro Zulkbo stratergi biasa misi menyorok anak dara. Anak dara zaman sekarang sudah berlainan sedikit tidak payah tunggu Raya tapi sudah boleh ajak minum Kopitiam dan bagai.

    Untuk rambut panjang Zulkbo pakai rambut siapa dan nasib baik tidak pakai tali pinggang nenek yang budak-budak buat zaman tersebut :-)

    BalasPadam
  4. hehehe.....taktik biasa tu bro...den dlu pun camtu jugak....mesti kene reramai...baru la rese beso diri sikit...hehehehe

    BalasPadam
  5. SALAM,
    MEMANG SERONOK BILA MENGINGATKAN ZAMAN DULU2. TAHUN 1966, LF TINGKATAN 5. KITA BERDUA NI BERBEZA ZAMAN NAMPAKNYA !

    BalasPadam
  6. eee koi numpang sengih sebab crita bebudok skoloh zaman tu gitu le gayanya...

    BalasPadam
  7. Ha ha.. lawak giler. Agaknya sampai bila ler menunggu awek tak kunjung tiba tu? Kami dulu-dulu sebelum raya dah set time bila nak dtg tapi kalu yg secret admirer tu apa leh buat lah... Main hentam jer pegi rumah bakal mertua :D Rock kapak he he.. lebih kurang lah zaman kita tu. Thanks sebab sambut cabaran ini. Seronok lak kawe membaca entri-entri setakat nie. Next year kena buat lagi :D

    BalasPadam
  8. wakakak.. hebat bang.. cukup hebat.. yg penting keberanian tu.. hehehehe

    penyudahnya, si gadis jelita itu ke mana menghilangnya ek?

    BalasPadam
  9. tergelak besar membacanya.
    maklumlah era kita hampir sama :D

    BalasPadam
  10. Hehehe...bukan main ya zaman teruna sunti tu...

    BalasPadam
  11. salam,
    nasib baik x jadi perbualan hangat di sekolah..
    :D

    BalasPadam
  12. Salam ziarah dan perkenalan.....
    Memang seronok waktu remaja dulu berhari raya. Kami beraya sakan sekitar Temerloh. Masa tu tinggal di Berek Polis Temerloh lama.....

    BalasPadam
  13. :D terseyum bila baca entry ini.. Ada juga yang terkena spi-sipi tu! hehe..

    BalasPadam
  14. bro.. 1988 aku baru umur 2 tahun hehee.. masa aku form5 (2003) sama jugak pi beraya ramai2 dgn kawan di rumah kawan perempuan pilihan :D

    BalasPadam
  15. salam
    lepas raya mesti riuh je dalam kelas
    hehe

    BalasPadam
  16. hwaaaaa... zaman 88an ehhhh.. memang masa tuh
    zaman rock kapak aku jugak.. pegi sekolah
    pakai kain senteng sampai kena denda.. hahahaha

    memori tuh memang tersemat dlm ingatan samai skrg..
    kata2 indah dari bapa mertuaku... hu3

    BalasPadam
  17. Aku pun kena virus ni jugak. Berapa kali pergi temankan mat-mat bunga ni pergi rumah awek dia...dah dia layan awek dia, aku tukang perabis kuih raya...

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  19. rock juga En Zulkbo ni ye.... he..he...he.. :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA