Blog zulkbo dot com Dan Sitelinks Yang Tak Cantik



Salam semua, ha ha..tajuk pun dah lain macam je bunyinya kan? Itulah saya, selalu mementingkan kekemasan dan agak teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika anda ke blog saya (yang saya rasakan cantik) setiap entri mahupun template luar blog, saya amat menitik beratkan kekemasan penampilannya.


Baru di anugerahkan sitelink ke blog  (www.zulkbo.com) oleh Google, yang di mata saya agak selekeh dan kurang kemas berbanding dengan blog orang lain. Saya ambil contoh sitelink yang kemas seperti di  blog rakan blogger,  CetusanHati.com  yang lebih sedap mata memandang serta sitelinknya yang lebih kemas serta teratur dengan yang berkaitan.



Kita ambil contoh sitelink blog CetusanHati.com kepunyaan Cik Adele ini, yang begitu kemas sekali susun aturnya dengan sitemap, entri yang berkaitan serta label mana yang berkenaan. Di sini dari pemerhatian saya sepanjang berblogging, sesebuah blog Blogspot yang di anugerahkan sitelink pasti berterabur susun atur link yang berkaitan, berbanding dengan blog yang berpaksikan Wordpress.

Walaupun kurang berpuas hati,  tetapi saya tetap bersyukur kerana bukan semua blog beroleh sitelink dari Google ini. Untuk pengetahuan pada yang belum tahu, sitelink adalah link yang berkaitan dengan sesebuah blog setiap kali carian di lakukan oleh enjin carian Google yang terpapar di SERP seperti contoh 2 di atas, berdasarkan pilihan Google sendiri.

Setiap blog yang mendapat sitelink oleh Google juga boleh menggugurkan mana-mana link yang di berikan di blog mereka, jika merasakan kurang bersesuaian. Dengan menggunakan cara manual melalui Webmaster Tool Google, setiap webmaster blog layak melakukannya sendiri apabila mendapat sitelink dan cara-caranya:

1-Log in to Webmaster Tool
2-Site configuration
3-Sitelinks



Di ruangan kosong yang tersedia anda boleh masukkan URL link yang anda rasakan tidak mahu kelihatan ketika carian ke blog anda. Masukkan di kotak kosong di bahagian "Demote this sitelink URL" dan ENTER. Pihak Google akan menghantar email kepada anda sekiranya mereka merasakan permintaan anda itu bersesuaian dan akan memasukkan sitelink yang baru pula nanti. Jadi selamat mencuba, wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 24, 2011

24 Komen:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ! SELAMAT BERIBADAH BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA

    BalasPadam
  2. Salam Zul, mmg kemas dan cantik tahniah jga drp saya. Terima kasih diatas perkongsian.

    BalasPadam
  3. eee... susoh beno nak mahamkan menda gini, apa pon info ni sangat membuka ruangan minda

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama24 Ogos, 2011

    Assalamualaikum Saudara Zulkbo,

    Sesuatu yang baru pada akak. Tak faham sangat sekarang ni, tak aper lama2, InsyaAllah akan faham juga.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama24 Ogos, 2011

    http://wanwidget.com
    saya punya pon xlawa juga mcm cik zulkbo, owh boleh buang melalui webmaster yer, terima kasih, nanti saya check

    BalasPadam
  6. tahniah en zul :)
    apakan daya saya memang kurang ilmu dan kemampuan nak buat blog canggih manggih begini.

    BalasPadam
  7. slm en.zul..
    bz ke hrni??
    bila start cuti raya??

    trima kasih en.zul...
    perkongsian yang baik...
    nanti nak cube....hehehe

    BalasPadam
  8. Tahniah.. entah bila nak terima hadiah daripada google pula..

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Zul

    Kak pun tak berapa tahu bab ini...

    BalasPadam
  10. Bukan mudah untuk Google beri sitelink ini. Kalau minta belum tentu dapat :-)

    BalasPadam
  11. Salam sahabat

    terima kasih once again
    dapat belajar dari sifu walaupun blur :)

    Selamat berpuasa
    Umi

    BalasPadam
  12. wah... belum lagi merasa sitelink ni... harap2 dapatlah satu hari nanti...

    BalasPadam
  13. rasanya saya lum sampai ke tahap ini..tahniah krn blog abg zul menunjukkan kemajuan yg sgt drastik :-)

    BalasPadam
  14. tahniah bro.. dapat sitelink.. walaupun tak berapa cantik..masih boleh tukar kan.. saya bila la nak dapat.. hehe

    BalasPadam
  15. kurang arif... menggagahkan juga membaca. dapatlaj juga info. terima kasih

    BalasPadam
  16. Memang cemburu melihat blog orang kemas dan ayu. Ingin juga meniru. Tapi bila kena baca info teknikal (panduan, arahan dsb) untuk membinanya, memang bingung betul. Berterusanlah dgn format blog yg lesu tanpa tarikan. Walau apa pun, maklumat sdra amat berguna. Boleh dirujuk bila diperlukan.

    Selamat menyambut hari raya 1432H. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  17. Assalam.
    Tahniah. Bila agaknya nk dpt.dh lama saya x buka webmaster tool tu sejak ada google + ,ada yg di cari langsung x jumpa.entah hilang ke mana..atau mata saya yg rabun..

    BalasPadam
  18. @Iza

    memang dah tak de dalam dashboard lagi, anda kena layari manual ke webmaster tool by google

    BalasPadam
  19. salam
    tahniah kepada zulkbo.com
    kita ni tak tahu bila dak dapat hadiah raya dari pakcik google

    BalasPadam
  20. perghh tak kira bro cantek ke tak yang penting meletak sitelink hihihi..:)

    BalasPadam
  21. sitelinks dah lain sikit.. besar. kalau yang dulu kecik dekat bawah jugak..

    BalasPadam
  22. tahniah cik Zul!! akhirnya dapat juga....xpelah tak cantik pun asalkan dapat..tak gitu? hehe..

    eh,time kasih utk gmbar n nama sy kt atas tu..sgt dihargai :D

    BalasPadam
  23. Salam.
    Saya tak dapat sitelink lagi, dengki juga tengok blog my hubby yang dah ada sitelink tapi nak buat macamna, siapa suruh malas nak update blog, hihihih...

    BalasPadam