Menjawab Pantun KomenSen : Pak Hamzah





Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Anak sepat di dalam sawah
Susah di pancing di jala sahaja
Bila dapat gading bertuah
Tanduk di buat perhiasan sahaja


Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Pisang emas masak di rumah
Diramas-ramas ku buat cekodok
Mana tak hanyut perahu Pak Hamzah
Di ikat dengan kain buruk

 
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Anak seluang anak tenggiri
Di buat gulai terlupa santan
Bukan tak ingin di buat isteri
Pak Hamzah tak tolong kenalkan



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 10, 2011

9 Komen:

  1. kome layan baca je la weh...
    x reti bende gini :)

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    koi layan je..
    he he..moh join
    sekali la weii?

    BalasPadam
  3. sekali bro zulkbo udah berpantun daaa...cam penah jd ketua rombongan meminang je bro...hehehe

    BalasPadam
  4. @Yastro

    cuma minat sahaja Bro..
    pernah meminang tapi
    bagi pada orang lain je
    pantun..he he

    BalasPadam
  5. salam
    singgah baca pantun

    kawe tak leh nak balas ni
    otak jem

    BalasPadam
  6. @tehr

    tak pe lah..
    penat tu..
    lain kali je
    :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, semakin meriah rumah pantun Pak Ngah. :)

    BalasPadam
  8. Good Luck! Pantun terbaik!
    Yg last tu koi musykil..cer ubah sket..
    Kalau x kenal xkan boleh usung ke hulu ke hilir..hehehe...

    BalasPadam
  9. boleh tanya tidak ?

    BalasPadam