Majlis Fatwa Kebangsaan Mengesahkan Haram Makan Dan Berubat Guna Cicak Tokek





Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.(m Star)

NOTA: Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud:“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan” Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci. Wallahualam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 12, 2011

8 Komen:

  1. Jangan lah makan tokek...banyak lagi makanan lain..huhu...

    BalasPadam
  2. Bila sudah difatwakan.. Perkara ini menjadi jelas. Tiada lagi kekeliruan di dalam masyarakat.

    BalasPadam
  3. thanks for sharing..:) baru tau rupa cicak ni mcm ni..mcm mana la nk makan kalau mcm ni...eww..heee

    BalasPadam
  4. Ada ke orang Islam yang makan Tokek ni untuk perubatan? Rasanya ramai yang jual beli tokek jer.

    BalasPadam
  5. kalau dah haram... kena ikutlah dari majlis fatwa nih... kalau ubat pun dah tak boleh...

    BalasPadam
  6. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  7. setakat ni rasanya biarlah ke hospital dulu...

    BalasPadam
  8. bukannya kita yang nk makan...kita nak jual...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA