Juara Imam Muda Musim Kedua 2011





Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.

Selain itu, program Imam Muda  bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Hadiah menarik keseluruhan bernilai RM350000. Hadiah yang menanti pemenang bakal juara IM2 2011 ialah wang tunai berjumlah RM30000, sebuah kereta tajaan Proton Edar, tajaan penuh biasiswa (platinum) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah selama empat tahun, pakej menunaikan Haji dan Umrah, sijil dan trofi serta hadiah sampingan yang lain.

Naib juara IM2 akan menerima hadiah wang tunai RM20000, tajaan penuh biasiswa(emas) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej menunaikan Umrah, pakej perabot, sijil dan trofi dan hadiah sampingan berupa telefon bimbit, Macbook Apple, Ipad Apple.







Siapakah juara akan di tentukan malam ini antara dua finalis berbakat yang di khabarkan layak menjadi mufti satu hari kelak. Sesungguhnya program ini memang terbaik dalam melahirkan generasi celik agama yang akan menjadi tunggak generasi pemuda masa hadapan.


Entri berkaitan:


TERKINI:
Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua 2011.Tahniah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 01, 2011

9 Komen:

  1. Ingatkan tadi hadiah utama RM300,000. Boleh jadi imam terkaya di Malaysia kalau begitu.

    BalasPadam
  2. slm en.zul...
    semoga sihat2 selalu ye.. ;)

    sy minat imam muda nazrul... ;)

    BalasPadam
  3. di saat Islam di bawah:

    agar agama dipandang universal, pembawa agamanya pun haruslah menjadi seorang yang bertaraf universal.

    semoga program ni mampu membuktikan sesuatu kepada mereka yang tak suka agama Islam.

    BalasPadam
  4. Diharap dengan adanya program-program sebegini dapat meningkatkan minat serta kefahaman masyarakat mengenai Islam.

    BalasPadam
  5. salam
    siapa pun yang berjaya
    keduanya memang bagus

    BalasPadam
  6. Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, dinobatkan sebagai juara Imam Muda unggul musim kedua 2011.Tahniah

    BalasPadam
  7. tahniah buat imam muda hassan.... kedua2nya sebenarnya sama hebat...

    BalasPadam
  8. Akak tak pernah tengok...selalu tidur awal..penat keja.

    BalasPadam
  9. he is my hubby's friend in same school :) same batch... by the way, i like him too...but of course not more than my hubby :) tahniah hassan adli!!

    BalasPadam