Asam Garam Blogger : Dalam Gelisah Ada Tawa

  

Salam semua, hari yang tension apabila semua browser internet meragam sekejap. Ada yang down terus (Mozilla 5), ada yang masih boleh pakai (Google Chrome) dan ada yang di lupakan sebelum ini berguna juga akhirnya (Opera). Dalam memendam rasa gelisah yang bercampur gaul tu terhenti, apabila terbaca entri-entri yang di tulis rakan-rakan blogger menjadikan saya tersenyum  dan tertawa seketika.



Entri naik pangkat dari Sis Yun, seorang blogger lama yang saya kenali dari Pahang Community lagi. Siapa sangka kan, blog beliau sudah lama terbit, lebih dulu dari blog saya tapi beliau mula aktif kembali apabila blog saya pun mula aktif seawal 2010. Hari ini beliau baru perasan yang blog beliau telah di naikkan pangkat oleh Google Page Rank 2 ke Page Rank 3. Tahniah Yun, kena mula aktif menulis balik ni kena pula BE masuk menderu tu.



Tuan Hamzah yang saya hormati telah menamatkan perkhidmatannya dalam sektor awam sebagai seorang pegawai kerajaan, di jabatan mana saya tak pasti tetapi beliau adalah seorang yang di hormati oleh pekerjanya. Tuan Hamzah ni dalam alam maya memang sinis dan kelakar orangnya. Selamat bersara dari saya untuk beliau, lepas ni bolehlah berblogging sepenuh masa ye tuan?



Entri ni memang membuatkan saya teruja sekejap. Blogger mentor yang saya hormati, Bro Denaihati sekarang mengadakan satu peraduan kepada sesiapa yang menyumbang link referrer ke blog beliau akan di berikan wang tunai cash mengikut bilangan link..adehhh, pemurah betul Bro kita ni. Cuba anda baca apa yang beliau nyatakan di sini:
1. Insentif ini untuk 10 blog yang memberi top link referrer mengikut pengiraan Google Analytics.
2. Insentif ini akan dibayar setiap bulan bermula 1/7/2011 sehingga 31/12/2011.
3. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog denaihati akan dibayar RM0.02
 Bro Denaihati ni memang terkenal dari dulu lagi dengan konsep blognya "HIDUP UNTUK MEMBERI". Alhamdulillah, tak ramai blogger yang pemurah sebegini. Apa kata anda sama-sama join pertandingan ini kerana semua blog layak menyertainya. Disamping kita menyumbang trafik ke blog beliau kita juga boleh buat duit. Manalah tahu rezeki berpihak pada anda, belum cuba belum tahu. Wassalam.




Entri berkaitan:


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 01, 2011

16 Komen:

  1. Setiap orang ada ceritanya yang tersendiri...

    Pastinya ada cerita yang kurang sedap didengar dan ada juga yang mampu buat pembaca tersenyum :D

    BalasPadam
  2. salam cik zul....
    kalau masalah blogging melibatkan browser ke apa ke,ok lg tu...

    kalau bkaitan hidup..mmg merudum trus nak blogging..hehe

    BalasPadam
  3. Salam Zul, coretan hari ini akan menjadi kenangan di hari esok... terkadang tidak berkesempatan juga nak nulis bz ngat kebelakangan ini :)

    BalasPadam
  4. @adele

    Soal hati le nih..
    ermm..anda muda lagi Adele
    ramai beratur menanti cinta anda,
    jadi life goes on...yang datang
    pasti jauh lebih baik dari yang
    dah pergi..insyaallah..
    :)

    BalasPadam
  5. @Anif®

    Betul tu Anif..pelbagai isu
    dan story..ada kala geram pun
    ada..he he

    BalasPadam
  6. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    koi nengok mood
    aok merudum betul
    Yassin..goner ter?

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Semangat saya pula semakin luntur bila hari2 terasa keletihan...tak dpt nk up date blog hari2 seperti dulu lg...

    BalasPadam
  8. pertama kali singgah sini.. banyak isu dalam negara sekrg...kebenaran pada satu pihak lain bukanlah kebenarn buat yang lain2...

    BalasPadam
  9. yng penting kita hepi dlm apa jua kita lakukan :)

    BalasPadam
  10. asam garam yang perlu ditempuhi... yang muda nih tak banyak pengalamannya .. blog denaihati, orangnya memang sangat bermurah hati..

    BalasPadam
  11. Salam Jumaat...

    Hehehe...mekasih masukkan ayat sememeh tu dlm n3 abg zul... :P

    X kira la blog sape dulu pun janji Abg Zul polower pertama Anak2 DJ selepas ianya dibuka kepada org ramai..sebelum ni private..

    Lagi satu,abg zul tetap sifu sbb byk bagi tunjuk ajar slama ni..... mekasih :)

    BalasPadam
  12. Setiap blogger mempunyai keistimewaan tersendiri. Aku percaya menulis blog juga satu seni yang tidak ternilai. Setiap baris ayat yang di terbitkan oelh blogger pasti mempunyai keunikkan masing-masin. Itulah kepuasan menulis blog.

    BalasPadam
  13. hehe kelakar ayat dia, lepas bersara ni nak terlibat dalam pertukangan...... tukang antar & amik anak ke sekolah... bla.. bla.. hahaha..

    BalasPadam
  14. @padin
    hahaha
    aku nak aply tukang hantar dan ambik cucu

    asam garam gula
    semuanya buat hidup ceria

    BalasPadam
  15. terbaik dari denaihati.thanks bro.you are the best,bro.haha...

    BalasPadam
  16. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA


Carian Blog