Gambar Karikatur Utusan 2011 : Tiada Bezanya Dengan Akhbar Denmark 2008




Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Tindakan itu mendapat kecaman  hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.

Akhbar Utusan Malaysia kelmarin, menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!”.

Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan.

NOTA : Sila baca penerangan tentang isu ini yang di utarakan di blog Dr Maza untuk anda mendapat penjelasan yang lebih  jelas tentang apa yang membezakan di antara rogol dan zina.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 18, 2011

12 Komen:

  1. Assalamu'alaikum Zul

    Kurang ilmu boleh menggelincirkan iman seseorang. Semoga kita dilindungi Allah SWT. Amin

    BalasPadam
  2. Ya Allah...
    Semoga kita yang membacanya, dapat membezakan antara yang benar dan salah...

    BalasPadam
  3. emmm..
    mcm2 hal yg berlaku kebelakangan ni..

    BalasPadam
  4. nafsu menumbangkan rasa sensitiviti... dengan agama boleh menghalang kita dari berfikir macam lembu...

    BalasPadam
  5. salam,
    kekeliruan kes rogol tajuknya..
    saya mungkin melihat dari pandangan yang berbeza..
    nak nyatakan kat sini pun tak berani..
    dengan kurangnya ilmu di dada..
    tak berani pula menegakkan benang yang basah..
    apa yang boleh saya nyatakan.. kartun tu perlu difahami dengan mendalam..
    bukan dilihat hanya dengan mata kasar..

    BalasPadam
  6. ntah ler, ni pendapat saya la, kalau dilihat dari sudut negatif, memang utusan melampau, tapi kalau dilihat dari sudut positif utusan membongkar kan situasi semasa keadaan fahaman org awam terhadap isu itu

    BalasPadam
  7. adeh... psl ni xberani kata apa jd no komen.. hehe

    BalasPadam
  8. sabda Rasullah...
    ‏وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ ‏ ‏لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا ‏ ‏حَنْظَلَةُ ‏ ‏سَاعَةً وَسَاعَةً ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

    Bermaksud: Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dengan kelakuan kamu ketikabersamaku dan berterusan dalam keadaan zikir, tentu para Malaikat Allah akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya (baginda mengulanginya tiga kali).

    BalasPadam
  9. Rasanya apa yang diperkatakan oleh kartun itu betul, cuma silap tak sedar yang ianya isu sensitif di negara ini.

    BalasPadam
  10. salam
    banyak kekeliruan yang timbul kebelakangan ni
    harap2 mencetusnya boleh tampil menjelaskan keadaan

    BalasPadam
  11. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  12. inilah yang terjadi bila agama dah jadi barang mainan orang kita sekarang nih..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA