Sasterawan Negara ke-11 : KEMALA ( Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah)



Penyair Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penganugerahan berprestij itu kepada Ahmad Kamal atau nama penanya, Kemala  pada Selasa 3-Mei-2011.

Tokoh berkenaan dilahirkan di Gombak, Selangor telah menghasilkan sebanyak 11 buah buku kumpulan puisi, antologi puisi (25), buku kajian sastera (10), buku kumpulan (4), drama (4), buku cerita kanak-kanak (3) dan lebih 50 esei serta kritikan sastera.

Karya-karyanya terutama puisi telah diterjemahkan dalam banyak bahasa China, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.(mStar)

Salah satu karya beliau yang menarik, mari sesama kita menghayatinya:

Sejambak Bunga Karang Tsunami

KEMALA

inilah sejambak bunga karang tsunami
yang kupungut dari perut laut atlantik, berkurun
terbenam di dasar dalam, ditindih seribusatu molikul kelam
warnanya, warna ajaib dalam sinar riak dan ombak air
jamaah ikan mengenalnya, tiada ancam dan waham
"aku memeluk mutiara berkilau!"

kini kudekap bunga karang tsunami
aku mendengar lagu sayunya tentang hidup dan mati
manusia taktahu ancaman, ombak menduga
gelombang puaka, menerjang, menerpa
membawa salam kematian, apabila kau alpa
"prasangka dan haloba itu, mainan sia-sia!"

sejambak bunga karang tsunami
ingin kuhadiahkan untuk kekasih yang peka
tentang cinta, hidup dan kemanusiaan
jalan ke syorga hanya dalam kalbu, bak purnama
kau kaya dengan raga dan lembar-lembar madah
"bertahun menjadi rekan akrab tsunami bunga!"

kuhias kamarku dengan jambak karang tsunami
rona ajaibnya mengajakku menyapa pelangi
adakah kau disentuh duyung sang puteri
waktu dunia ribut, kalut, kecut dipaut ombak maut
bayi manis di pelukan ibunya mengukir senyum akhir kali
"Bu, Tuhan menjemput kita meniti ke syorga!"


Kuala Lumpur - Malaysia
Januari 2005
(c) DK

Senarai penerima Anugerah Sasterawan Negara sebelum ini:   
1 - 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
2 - 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
3 - 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
4 - 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
5 - 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
6 - 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
7 - 1993 : Datuk Noordin Hassan
8 - 1996 : Datuk Abdullah Hussain
9 - 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar
10-2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 03, 2011

19 Komen:

  1. kenal sasterwan negara yg janggut putih tu aje heheh :)
    Jerawat Subur Macam Bepop Lawak Kampus!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...

    dalam banyak2 usahawan, hanya shahnon ahmad yg sy kenal..1 sebab dia pernah jd ahli parlimen sik, satu lagi sebab karyanya yg kontroversi tue huhuhhh

    BalasPadam
  3. wah... bak kate kak Ieda la.. kenal A.Samad SAid tue jer.... :)

    BalasPadam
  4. Tahniah buat beliau sebagai Sasterawan Negara ke-11.

    BalasPadam
  5. Tahniah...beliau memang hebat!

    BalasPadam
  6. dah pencen dbp lagi menyengat, tahniah

    BalasPadam
  7. saya masih ingat buku sastera tingkatan 5 yg saya baca bertajuk kelapa nan sebatang sama mereka yg tertewas...

    BalasPadam
  8. tahniah..memang patut di beri anugerah beliau ni

    BalasPadam
  9. dulu time form 5 sy amik sastera...
    byk buku kena bc... ;)

    BalasPadam
  10. Assalam..
    3 org je yg kenal itu pun sebab selalu dgr di sebut-sebut dlm media massa, maklum la masa sekolah belajar sastera arab je...

    BalasPadam
  11. salam,

    TAHNIAH SN KEMALA
    satu pengiktirafan negara kepada tokoh yang megg layak.

    BalasPadam
  12. tahniah patut dah lama dulu patut dianugerahkan SN kepada Kamala

    BalasPadam
  13. oh,tak sangka rupanya sasterawan negara dah smpai ke 11..igtkan A. Samad Said tu je sasterawan negara.. :)

    BalasPadam
  14. tahniah Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah , rezeki dia tuh.. lagipun memang karya dia semuanya ada isi tersurat dan tersirat..

    BalasPadam
  15. Ergghhh...mase sekoloh je kenal deme ni...skg x lope lak bro...hehehe

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama05 Jun, 2011

    http://www.facebook.com/pages/Tokoh-Sasterawan-Negara/123732574333786

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama30 Jun, 2011

    saya kenal yang 10 pertama...yang ke 11 ni...maaf lah ya..tak kenal

    BalasPadam
  18. Ada baiknya kalau menyebut bahawa karya Kemala banyak diterjemahkan juga ke Bahasa Rusia (lihat Wikipedia)
    Dr. Victor Pogadaev
    povial@yahoo.com

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama29 April, 2012

    SAYA MENGKAJI TOKOH-TOKOH SASTERWAWAN NEGARA.......HUHUHUH......PALING SUKA KERIS MAS,SHANON AHMAD,A SAMAD SAID,S OTHMAN KELANTAN,KEMALA,

    BalasPadam