Bukan Mudah Membesarkan Anak Sendirian






Salam semua, tertarik dengan kisah yang di paparkan di Kosmo hari ini berkenaan seorang bapa yang hilang sabar dengan karenah anak lelakinya yang asyik bermain game internet tanpa ingin pulang ke rumah dan hanya membuang masa di sana.

HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.

Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.

Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.

Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi

Sebagai seorang bapa memang saya turut merasai kesedihan si bapa tersebut yang terpaksa membesarkan anaknya sejak berusia 9 bulan kerana ibu si anak meninggal dunia. Mungkin harapan yang tinggi di letakkan pada anak itu, tapi hanya menjadi anak yang membuang masa dan duit sahaja menjadikan beliau hilang sabar sebegitu sekali.

Sakit mata yang memandang, sakit lagi bahu yang memikul. Anak-anak remaja sekarang bukan sahaja di China saja malah di negara kita kelihatannya nilai menghormati orang tua sudah hilang. Bercakap dengan orang yang lebih tua sanggup meninggi suara, jauh sekali bila berjumpa hendak mencium tangan kita.

Siapa yang harus di salahkan jika terjadi sedemikian. Salahkan si bapa mendidik sebegitu? Mungkinkah dengan bertindak sebegitu akan membawa kesedaran pada anak? Rasanya kalau zaman dulu mak ayah kita mendidik kita lebih teruk dari itu. Ermm..sesama kita renungkan..tepuk dada tanya hati anda. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 09, 2011

15 Komen:

  1. tu baru betul2 bapak perihatin ke?

    BalasPadam
  2. Anak ulu cheka, yup prihatin ttpi mungkin salah caranya..tp sape lah yg bleh bersabar kalau anak dah mcm tu kan..

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Betul tu, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..
    Sakit hati jgk kalau anak yg kita tatang bagai minyak yg penuh tetiba tak menghargai pengorbanan yg kita lakukan malah lebih teruk lg menconteng arang di muka kita...hilang masa depan, hilang segalanya...
    nasi jadi bubur, masih boleh di makan tp kalau bubur dah jadi basi, tong sampah la tempatnya.

    BalasPadam
  4. kadang2 kita tak boleh nak pertikaikan juga tindakan ibu bapa, lg pula kita tak mengalaminya,
    betul kata en.zulkbo, anak2 sekarang ramai yg tak tahu menghormati org tua, kalau dilarang atau ditegur, makin menjadi....

    BalasPadam
  5. Saya sokong tindakan bapa tersebut..


    Burung Walit

    BalasPadam
  6. Tetap simpati kat budak tu... kena heret macam tu abis punggung dia :(

    BalasPadam
  7. dah puas berkabor la te, tak makan nasihat, lastnyer heret je mcm tu, moga2 budak tu insaf!

    BalasPadam
  8. klu "ketegaq"..balun jer

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama10 Mei, 2011

    dalam Islam, kita ada tempat untuk memohon pertolongan dan mengadu kesusahan.. dalam mendidik anak, selain usaha mendidik, kita kena banyak doa dan memohon hajat kepada Allah..

    BalasPadam
  10. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  11. mula2 terperanjat juga awat jadi bgtu..bila dah baca entri smpi habis barulah apa puncanya huu...

    BalasPadam
  12. jadilah anak yang berguna itulah harapan dan doa ibu bapa..tapi klu anak tu sndri yg keras kpla mmg menggurut dadalah hati di baba..rintih di sanubari ibu..

    kena guankan ubat pelembut utk anak..mana tahu ayat2 pengasih dlm kalam Quran tu blh di guna :)

    BalasPadam
  13. salam
    bila dah hilang sabar
    apa pun boleh terjadi

    salah bapa tak pandai mengajar
    salah anak tak masuk diajar

    BalasPadam
  14. Bersyukur sangat-sangat sebab adik-adik boleh dilentur dan ditegur....tanpa perlu berkeras..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA