Lagu Buat Para YB Semua



Salam semua, kemenangan BN dalam pilihanraya DUN Sarawak semalam menyaksikan ramai para YB baru yang telah memenangi kerusi masing-masing. Ini termasuklah juga calon di kalangan parti pembangkang, ada yang di menangi oleh muka-muka baru.

Lagu dan lirik ini amat sinonim buat para YB, nyanyian ND Lala. Dalam seloka lagunya ada maksud mendalam sesuai buat para YB semua untuk selalu mengingati bahawa mereka adalah selaku pemimpin yang ada tanggung jawab tak putus untuk di laksanakan sampai bila-bila.  Selamat bekerja YB!




Lirik Diari YB - N D Lala
Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pengundi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tidur lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."



NOTA KAKI: Walaupun rakyat masih mahu mengekalkan BN, namun secara tidak langsung mereka memberi ingatan kepada kepimpinan parti itu terutama dari sudut transformasi yang dilaung-laungkan. Bagi BN sendiri, idea transformasi seharusnya dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja untuk mentranformasikan rakyat selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), namun ia juga perlu diamati dari aspek kepimpinan. Kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seharusnya sudah merasai getaran kehendak rakyat terutamanya bagi melihat generasi baru diberi kepercayaan memimpin Sarawak agar terus 'mansang' atau maju.




 
 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 17, 2011

12 Komen:

  1. Isyarat dah tu dari rakyat sarawak...YB OH YB...

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Mencari YB berjiwa rakyat...

    BalasPadam
  3. pentanda dah nie... apepun banyak habis duit kerajaan kali ini... isk2..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Terima kasih en Zul,
    Saya suka sangat lagu ni,
    dengar sampai habis..

    Transformasi yang paling
    pentingnya ialah transformasi
    diri sendiri dulu,
    barulah rakyat dan negara boleh
    ditransformasikan.

    BalasPadam
  5. Harap dapat tunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.. Kalau sebelum undi rajin tunjuk muka, harap dah menang, janganlah menghilangkan diri supaya kepercayaan rakyat tu kekal..

    BalasPadam
  6. salam cik zul..sedap lagu ni..
    byk makna dan smpai mesej nya..
    lagu dulu2 mmg best lah!

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zul

    Beratnya amanah yang ditanggung YB.. mudah2an dapatlah dilaksanakan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  8. Dalam bandar BN tak dapat menguasi..

    BalasPadam
  9. salam, zul
    kalau diikut kata nd lala ni
    tak sanggup kawe nak jadi yb

    takut burung hantu jeles
    hehe

    BalasPadam
  10. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama20 Jun, 2011

    Lagu bodoh...lagu projek,bodek...

    BalasPadam