Datuk Khalid Abu Bakar Dilantik Timbalan Ketua Polis Negara



Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata Khalid, 54, menggantikan Datuk Hussin Ismail yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sejak September 2010.

Pelantikan Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menggantikan Hussin yang bersara wajib pada usia 58 tahun esok, katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini, Rabu.

Khalid, yang dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan, memasuki perkhidmatan polis pada 5 Disember 1976 sebagai Inspektor polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Beliau yang juga bekas Ketua Polis Selangor pernah menyandang beberapa jawatan termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 1 Bukit Aman (2006), Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Ketua Polis Daerah Kuantan (2003), Ketua Jabatan Pengurusan Pahang (2003) dan Ketua Jabatan Narkotik Kedah (1997).

Sambil menyifatkan amanah yang diberikan begitu mencabar, Khalid berjanji akan menjalankan tugas dengan baik untuk memartabatkan pasukan polis selaras dengan misi dan visi pasukan.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan dan Ismail kerana memberi kepercayaan kapadanya untuk memikul tanggungjawab itu.

"Saya berjanji untuk memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada saya," katanya.

-BERNAMA-  

NOTA KAKI: Ucapan tahniah dari blog ini buat Datuk Khalid Abu Bakar yang saya mengenali beliau secara peribadi. Harapan agar Polis Diraja Malaysia akan terus cemerlang dan sentiasa telus di bawah kepimpinan Datuk selaku Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 15, 2011

7 Komen:

  1. Salam Zul, Tahniah Datuk semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih baik untuk memartabatkan pasukan polis selaras dengan misi dan visinya.

    BalasPadam
  2. wah...en.zul kenal dgn polis pangkat besar ni...hehehe

    tahniah!!!

    BalasPadam
  3. As salam...
    Moga angkatan polis menjalankan tugas dgn telus di bawah pimpinan Datuk..

    BalasPadam
  4. koi kenei dia ni ketnya dia tak kenei ke koi

    BalasPadam
  5. baru je tau..tengs for the info..:)

    BalasPadam
  6. salam, zul
    tahniah buat datuk khalid
    moga2 negara kita lebih aman hendaknya

    BalasPadam